Thursday 6 December 2012

IIUM Kuantan Open Day [IKOD 2012] 6-9 Dec 2012

Assalamualaikum wbr...

Lama sudah tak update blog picisan ni kan, maklumlah. Aku sibuk sangat 2-3 minggu ni. Antaranya kena handle program besar sempena IKOD ni lah. Forum IDEA 'The Future of Malaysia'. Selain tu assignment, kuiz, dokumentari Microbiology lah bagai.

Aku hampir berputus asa di tengah jalan. Seriously, I wanna quit and tired already. Ummi aku dah lama call dan suruh balik rumah, even 3 jam je dari kampus UIA ni. Aku tak tergamak nak tinggalkan semua kerja yang di amanahkan oleh ALLAH swt begitu sahaja.

Nak tak nak, terpaksa lah aku tunaskan dan jalankan amanah-Nya dengan sebaiknya. Alhamdulillah, sehingga hari ni barulah aku rasa lega sikit. Final exam pun dah hampir tiba. 3 minggu lagi woooo.

Berbalik kepada tajuk entry, IIUM Kuantan Open Day 2012 (IKOD) akan diadakan bermula 6 Disember yakni hari ini.



IIUM KUANTAN OPEN DAY (IKOD)
6-9 December 2012
IIUM Kuantan Campus, Pahang

Berminat...??

Monday 19 November 2012

InterBatch Games Sciencess 2012 UIA Kuantan

Assalamualaikum wbr...

Selamat malam semua yang sudi membaca blog picisan ini. Pertama sekali, aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada roomate kesayangan Syed Hisham. Dah menjangkau umur 20 tahun sudah... hehe

Alhamdulillah, dalam kesibukkan aku untuk menguruskan beberapa perkara, masih ada sedikit waktu untuk aku coretkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku pada minggu baru ni.

Berbalik kepada tajuk entry ni.

InterBatch Games Sciencess 2012


Interbatch Games telah berlangsung selama dua hari bermula semalam, 18 sehingga 19 November 2012. Setiap batch menghantar setiap games wakil-wakil mereka yang berkaliber. Aku mewakili batch ACE 121 dalam games Carrom Lelaki dan Badminton Perseorangan Lelaki. 

Banyak juga acara yang dipertandingkan antaranya Futsal, Bola Tampar, Ping Pong, Tennis, Acara Trek, Bola Jaring, Bola Keranjang. 

Walaupun kami paling junior dalam pertandingan ini, jangan pandang rendah tahap keupayaan kami. Hehe

#Carrom Lelaki 

Bagaimana aku boleh terjebak dengan carrom ni..?? Pada mulanya aku daftarkan nama untuk bermain futsal namun dek kerana kekurangan pemain untuk games ni, aku memohon untuk bermain dua games. Aku dah Yazeed didaftarkan sebagai pemain carrom lelaki untuk mewakili Batch 121.

Secara jujurnya memang aku dah lama tinggalkan permainan carrom ini. Seingat aku, last main masa aku berada di sekolah rendah yakni selepas exam UPSR. Dulu, kawan-kawan ada bawa papan carrom ke sekolah dan kami semua pakat lawan.

Oleh kerana dah lama tak main, bakat terpendam tu perlu lah kami asahkan. Alhamdulillah, mujurlah Adzam (team Batch 121 yg lain) bawakan papan carrom beliau yang jenis betina ke UIA. Dapatlah kami buat letihan intensif dua tiga kali sebelum perlawanan sebenar. 

Tiba hari pertandingan...

Kami bertanding pada hari Sabtu (18/11) dan diletakkan dalam kumpulan B. Kami perlu melalui Group Stage yakni tiga games perlu kami tempuhi sebelum layak ke Semi Final. 

Oleh kerana games pertama aku agak kekok, perlawanan pertama kami kalah dengan senior Batch 102. Satu lagi peraturan yang agak baru pada kami ialah TIME. Kami semua diperuntukkan 10 min sahaja untuk habiskan game. Jika buah tak sempat habis, bilangan buah paling banyak masuk dikira menang.

Games kedua kami susun balik strategi dengan kemas dan betul. Alhamdulillah, berkat bakat Yazeed kami mampu mengatasi kehandalan senior Batch 101 dengan agak tipis. Kemenangan yang membawa sedikit harapan kepada kami untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Games ketiga kami menentang Batch 112. Aku dah agak biasa dengan papan carrom dan kelicinan buah mampu aku agakkan. Kami menang mudah dengan mereka dan seterusnya menjadi naib juara kumpulan. 

Semi final kami dijadualkan menentang juara kumpulan A dari Batch 112 juga. Pertandingan dijangka berlangsung pada jam 5 pm. Selepas solat Asr, aku rasa lebih tenang dan yakin untuk menentang mereka. 
  
Nyaris menang......

Semi final, aku perform lebih baik daripada perlawanan group stage. Strategi yang kami rancang pada awalnya menjadi dengan meletakkan buah carrom kami betul2 di depan 3 lubang. Maksudnya, pihak lawan sukar untuk memasukkan buah mereka. Jika termasuk buah pihak lawan, kena denda satu buah sendiri. 

Pernah aku masukkan 3 buah carrom dengan sekali giliran. Kami hampir mencapai kemenangan pabila buah carrom kami hanya tinggal 3 sahaja sementara mereka ada 6 lagi. Masa pun hanya tinggal 4 minit sahaja lagi.

Namun, dek kerana satu buah ni yang Yazeed cuba masukkan terlalu degil untuk mengikut kata kami. Masa terbuang begitu sahaja dan kami hilang fokus. Mereka pula terus memasukkan buah mereka dengan senior 'Sharp Shooter' tu memasukkan 3 buah sekaligus. Masa tinggal seminit lagi, bilangan buah terikat 3 sama.

Di saat-saat terakhir, tuah lebih memihak mereka pabila buah mereka terus menjunam ke dalam lubang di hujung papan carrom. Pengadil mengatakan masa telah tamat. Dan hakikatnya mereka layak ke final dengan kelebihan satu buah carrom.

Hurmmm, penentuan tempat ketiga....

Kami bertemu kembali senior Batch 102 yang mengalahkan kami pada games pertama. Tekad aku untuk menang game ni walau apa jua rintangan dan kini masa tidak dikira. Kemenangan akan ditentukan dengan pasukan mana yang dapat masukkan buah merah secara 'keneng'. 

Aku seperti biasa agak tenang dan yakin. Maka kami mendahului mereka dengan hanya tinggal satu buah sahaja lagi berbanding mereka tinggal 4 lagi. Namun, strategi mereka juga tidak kurang hebatnya.

Tika aku dah hantar buah merah ke hujung lubang agar Yazeed keneng dengan senang, mereka kacau buah tu dengan buat hantaran yang kuat lalu buah merah tu terpelanting jauh dar lubang. Begitulah mereka bermain sehingga memakan masa hampir 30 min. 

Kami semua mencari jalan bagaimana untuk memasukkan buah merah secara keneng agar kemenangan dapat dikecapi. Memang agak payah dan aku dapat rasa kan kemenangan kami akan diragut sekali lagi. 

Tapi...

Alhamdulillah, buah last aku rasa seperti diberi ketenangan dan keyakinan oleh Allah swt untuk menyempurnakan dengan baik. Aku tarik nafas dan aim elok2 buah kami terakhir sebelum aku gunakan strategi yang jarang aku guna untuk keneng buah merah. Buah merah tersebut meluncur lancar terus ke lubang dan....

Kemenangan SAH menjadi milik kami..!! Ketiga pun kami tak kisah, asalkan dapat medal dan menyumbang dua mata kepada Batch Kami. Alhamdulillah...

#Badminton Perseorangan Lelaki

Hurmmmm, esok lah plak aku sambung kisah ni. Letih plak nak taip panjang2. Bahu aku terseliuh ni semakin kuat pula rasanya... 

Sekian, 

Khusairi
12.53am
Tabari, Kuantan  

 

Monday 12 November 2012

Cerpen : Aku Terima Nikahnya #1

Kring, kring, kring....!!

Bunyi deringan telefon bimbit ku berbunyi memecahkan alam fantasi mimpi aku. Entah, tiba-tiba aku tertidur pula sejurus pulang dari kelas jam 5 petang tadi. Penat sungguh aku hari ini, kelas dari pagi sampai ke petang, itulah mahasiswa.

Aku cuba mencari dari mana bunyi deringan tadi. Oh, handphone ku berada dalam laci locker. Terasa berat badan nak melangkah bangun dari katil. Siapa pula yang telefon aku waktu senja macam ni, hmmmm Dengus hati aku.

Ku pandang skrin telefon, terpapar nama ummi buat 'miscall'.

"Kenapa pula ummi telefon aku lewat petang ni, mesti ada hal mustahak ni", monolog aku sendirian cuba menafsirkan isi hati ummi. Tanpa membuang masa, aku terus 'call' kembali.

Tak perlu lama aku menunggu, kedengaran suara wanita yang menyahut salam ku. Aku yakin, ummi yang sedang bercakap, ibu kandung ku yang menjaga dan mendidik aku sejak kecil lagi.

"Assalamualaikum ummi, minta maaf tadi tidur, tak sempat nak angkat..."

"Waalaikumussalam, patutlah. Hmmmm, tak baik tidur petang-petang ni, otak lembap nanti", nasihat pula ummi pada aku. Aku mengiyakan sahaja.

"Baiklah ummi. By the way, kenapa ummi telefon along ni..?"

"Hmmm, along bile cuti? Ummi ada benda nak cakap ni..."

"InsyaAllah minggu depan along cuti. Erk... benda apa tu ummi? Penting sangat ke...??", tanya aku kembali untuk kepastian.

"Ummi tak nak cerita dalam telefon, tunggu along balik lah. Ini pasal masa depan along juga..".

"Erk... " , aku terkedu seketika. "Baiklah ummi, nanti along balik cerita tau..!!".

"InsyaAllah, ini pun pasal bakal menantu ummi. Ada orang masuk melamar along", jawapan ummi buat aku tersentak.

"Hah..?"

Biar betul ummi ni. Pelbagai persoalan hadir dalam minda ku. Siapa perempuan yang datang melamar aku tu? Kenapa dan bermacam-macam lagi yang bermain di benak fikiran aku tika itu.

Tiba-tiba kedengaran azan Maghrib dari pembesar suara masjid UIA. Aku akhiri perbualan dengan seribu persoalan yang belum terjawab. Ummi pun dah janji nak cerita pada aku bila aku balik rumah minggu depan.

Hati aku tak tenang. Lantas aku mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Aku harus sujud kepada Tuhan Sekalian Alam agar hati ku kembali tenang. Aku tahu, semua ini aturan Dia. Mudah-mudahan ini yang terbaik dalam hidup aku.

Kaki ku melangkah keluar dari bilik........

#Bersambung

Khusairi
3.25am
Tabari, Kuantan

Saturday 10 November 2012

Berat Langkah Untuk Ku Pergi...


Gerimis mengundang seribu penyesalan...

Berat langkah untuk ku pergi, 
Berat bibir untuk ku tuturi, 
Berat tangan untuk ku lambai, 
Berat lagi hati untuk melepaskan mu...

Kau hadir sekejap cuma, 
Belum puas untuk aku bercanda, 
Mengenali insan yang indah namanya, 
Engkau lah wanita yang pertama..

Kini tiada lagi, 
Antara aku, kau dan dia...

Aku tak rela biarkan kau pergi, 
Aku tak sanggup lihat kau menangis, 
Aku tahu kau juga bergitu, 
Namun, kita terpaksa...

Merintih dalam kesedihan, 
Demi suatu perjalanan yang abadi, 
Dia hadir telah lama, 
Cuma aku baru kau temui..

Bukan aku tak cinta, 
Bukan aku tak sayang, 
Cuma masa tak izinkan, 
Keadaan juga yang memaksa.

Bahagialah kamu di sisinya, 
Itulah yang terbaik buat kita, 
Usah kenang perkara lama, 
Kita mulakan hidup baru.

Jangan pernah lupa pada ku, 
Insan yang pernah bersama, 
Suka duka kita kongsi selalu, 
Indah sungguh suasana lama.

Tak guna ku menangis, 
Habis kering air mata ini, 
Keluar darah lagi lah tak guna, 
Semuanya dah ditentukan begini..

Salam sayang buat kamu, insan....!!

Sekian, 

Khusairi
2.36am
Tabari, Kuantan

Entah Di Mana Silapnya...!!

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah, kini blog picisan ni telah mengeluarkan isinya setelah dipendam sekian lama. Almaklumlah, aku tengah hadapi exam mid semester. 4 paper yang bagi aku sangat 'tough'. Penat lelah untuk stady sungguh-sungguh selama 2 minggu ni akhirnya terlerai sudah selepas paper terakhir 'UNGS 2030: Islamic Worldview' tadi.

Dua minggu ni, Fuuh, mencabar sungguh hidupku dalam minggu ni. Bermacam-macam ujian dan dugaan menimpa, mujurlah ALLAH ada sebagai peneman kala susah.

Terasa untuk give up...

Aku tak tahu di manakah silapnya aku. Ujian datang, terus datang dan datang lagi, namun penyelesaiannya belum ku temui kesudahan. Jika tiada iman di dada, mahu saja aku lari dari dunia ni. Pergi ke alam lain membawa diri tapi Allah tiupkan semangat untuk bangkit melawan dan bersabar dengan semua ujianNya.

Terima kasih Ya Allah..!!

Hurm... entah di mana silapnya.....

Aku nekad untuk mencabar diri ku. Niat ku dah tanamkan untuk dapatkan suatu keputusan yang akan menggembirakan aku, ummi abah terutamanya. Aku target untuk mencapai 3.5 ke atas CGPA aku untuk semester 1 ni.

Sehingga tiada masa untuk diri aku....

Makan, minum, tidur, main semuanya aku kurang peduli. Entah, kenapa aku terlalu tumpukan exam ni. 3 jam aku tidur pun aku dah rasa cukup, walaupun badan penat giler. Tapi aku semangat nak teruskan stady. Dari mana datangnya semangat yang luar biasa itu.....??

"Stady Smart not Stady Hard"

Aku dah aplikasi teknik stady smart dengan beberapa cara, antaranya:

  • Stady dalam group atau dengan seseorang bukan stady berseorangan
  • Cari suasana yang kondusif seperti Library, dari pagi sampai petang ku di sini
  • Bermacam lagi....
Tapi aku kecewa.....!!

Setiap paper exam yang aku duduki setakat ni, pasti ada jawapan yang aku kurang puas hati. I should do more better than that....

Cabar diri untuk minat BIOLOGY...!!

Seriously aku tak pernah dapat A untuk subjek Biology ni sepanjang hidup aku. Even SPM 09 pun aku hanya dapat B+. Sejurus masuk UIA PJ, aku cuba tanam minat terhadap subjek ni namun hampa. Setiap kali mid term, result yang aku dapat pasti tertulis 'FAILED'.

Arghhh, ini mungkin aku kurang stady kot. Monolog aku sendirian menyejukkan hati yang lara. Justeru pabila final menjelang tiba, barulah aku bangkit stady betul2 untuk LULUS subjek killer ini. Alhamdulillah, hasil kesungguhan tu aku dapat lah juga lulus.

Tak tahulah kalau aku failed satu subjek, dan terpaksa repeat subjek, mahu 3 tahun aku duduk di UIA PJ tuuuu!! Arrrgghhh!!

Seusai aku masuk UIA Kampus Kuantan ini, aku dijodohkan pula dengan Kursus Bioteknologi. Confirm2lah kena belajar biology kan. Jadi, aku nekad tanamkan semangat dan azam yang kuat untuk betul2 minat subjek ni.

Microbiology...!!

Semester pertama ditakdirkan oleh Allah untuk aku bertemu dengan subjek microb. Dr Phang yang ajar kite orang. Mula2 belajar memang sangat menarik. Aku terpegun bila dapat lihat bakteria dengan mata kepala sendiri.

Orang lain kebiasaannya jauhkan diri dari bakteria namun kite orang siap bela bekteria lagi. Haha Sumpah best kalau buat Lab...!! Dah lah report tak perlu hantar, just kena siapkan video dokumentari jer.

Mula dari kelas pertama sampai sekarang, aku lah antara orang yang akan duduk di barisan hadapan sekali dalam lecturer hall. Aku mahu fokus dengan apa yang aku akan belajar. Tambahan pula sebelum kelas aku dah baca sepintas lalu, so dalam lecture aku mudah faham sikit apa yang diajar.

Aku rasa aku dapat cabar apa yang aku anggap tak dapat buat sebelum ini. ..!! Skor A

Seminggu sebelum exam, aku dah mula buat nota microb, stady microb malam-malam. Aku tak cukup duit untuk beli buku teks dia yang tebal tu, harga RM95 sebuah. So aku just pinjam je buku microb dari library UIA sebanyak dua buah.

Wah... menarik nya belajar microb. Dari sekecil-kecil hidupan aku boleh naempak. Subhanallah, hebat benar ciptaanMu ya Allah.

Tiba hari peperiksaan, aku yakin dengan usaha aku sebelum ini. Cover semua chapter, buat nota semua chapter. Mudah-mudahan aku peroleh result yang okeh sikit. 50 soalan objektif semuanya. Selama 1 jam 30 minit kami diberikan masa.

Bila aku jawab soalan pertama. Perghhhh!! Soalan dia memang benar-benar tough lah weh. Betullah cakap Dr Phang, walaupun objektif sahaja tapi terlalu banyak tricks yang akan kami tempuhi.

Seusai aku mnyudahkan lorekan terakhir aku di atas kertas MCQ paper microb, aku termenung sendirian. Hurm, mampukah aku dapat apa yang aku nak ni..?

Aku terus tawakal pada Allah, segala apa jua usaha dan ikhtiar aku dah laksanakan. Aku terima sahaja keputusan nya nanti. Cuma harapan aku, lulus pun dah cukup baik untuk aku. :-)

Tiba hari keluar result microb, aku pula diuji dengan satu ujian yang amat berat untuk diterima. Cuba aku untuk bertenang tapi dalaman ku merintih pedih. Biarlah hanya aku yang tahu apa yang terjadi pada hari tu. Dengan semangat yang kurang ceria, aku pergi lihat result dengan kawan-kawan.

APA...???

Ramainya yang FAILED.!! Dan nom matrik aku termasuk sekali dalam senarai tu. Ya Allah, pedihnya hati ini hanya tuhan yang tahu. Di manakah silap ku..??

Memang lah soalan dia agak tricky cuma aku tak expect sangat sampai failed. Terasa segala usaha sebelum ni sia-sia sahaja. Banyak aku habiskan masa demi microb. huhu Kenapa semua ini terjadi pada aku..??

Petang tu aku menangis ketika tengah solat Asar dengan roomate aku, Khai. Entah lah... aku terbayang wajah ummi dan abah. Aku dah kecewakan mereka walaupun mereka tak tahu pun lagi tentang ini. Dengan ujian yang melanda, aku lagi bertambah sedih...

Sebab itu, paper ungs ni aku kurang stady sangat. Hilang dah mood aku untuk stady sebenarnya. Bermacam ujian yang menimpa.... huhu :'(

Malas dah aku nk cerita tentang ini lagi. Exam mid sem pun baru sahaja berakhir, aku nak masa untuk diri aku pula. Lepas ni program2 pun banyak nak aku handle. Mudah-mudahan aku mampu untuk pikul semua ni. Ameen.

#Biarkan segala yang berlaku dalam hidup aku ni mengalir pergi... tentang dia ke, tentang pelajaran ke, aku nak diri aku balik!! huhu Go go kucer, i can do it.. !! :-p

Sekian,

Khusairi
1.30am
Tabari, Kuantan


Wednesday 24 October 2012

Perkara Paling Jauh & Dekat Dengan Manusia...

Assalamualaikum wbr...

Perkara paling jauh dari kita ialah masa lampau,
Perkara paling dekat dengan kita ialah ajal.

Pabila kata-kata hikmah ini kita dengar pasti akan timbul satu persoalan yang bermain dalam benak fikiran bukan. Kenapa..??

Sahabat-sahabat sekalian,

Ayuh kita sama-sama fikir sejenak, kenapa masa lampau adalah perkara yang paling jauh dari kita. Pernahkah kita berfikir bagaimana caranya untuk kita dapatkan kembali 5 saat yang baru sahaja berlalu..?? Tanya Doraemon...??

Nobita: "Doraemon, saya nak pinjam mesin kembali zaman lampau awak sekejap.."

Doraemon pun segera mencari mesin masa dalam poket serbagunanya itu.

"Nah Nobita, sila gunakan dengan sebaik mungkin yer...", hulur Doraemon kepada Nobita.

"Terima kasih banyak-banyak si kucing comel, kamulah sahabat baik saya dunia akhirat.."

Doraemon segera meletakkan tangannya ke dada dan matanya melihat ke atas, ala-ala gedik gitu.

Tapi wujudkah Doraemon di dunia realiti ini..?? Hah, sudah pasti itu hanyalah khayalan semata-mata kan. Jadi bagaimana kita nak kembali ke masa lampau ni...??

Usahalah sekuat mana sekalipun, kalau Allah tak izinkan memang tak dapat punya. Sebab tu Allah telah berfirman dalam Al-Quran.


                                                                                                                            "Demi Masa..." (103:1)



                                           "Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.." (103:2)

"Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebaikan dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.." (103:3)

Full Stop..!!

Sudah terang lagi jelas bahawa kita memang dalam kerugian kecuali orang-orang yang Allah nyatakan di atas. Waduhhh, jahil sungguh aku ni...

Ibarat kata-kata orang tua dulu,

"Masa itu emas" 
 
Tapi aku kata, Masa itu Bugati Veyron..!! Haha emas kita tahu memang mahal dan harganya pun semakin hari semakin bernilai. (abaikan Bugati Veyron aku tu)

Sebab tu lah perkara yang paling jauh ialah masa lampau. Sesaat berlalu memang kita tak mampu nak dapatkan balik. Jika ada manusia boleh pecahkan rekod kelajuan bunyi tapi takkan ada manusia yang dapat kembalikan masa lepas. Semakin lama semakin jauh kita tinggalkan.

Life must be go on..!! Bak kate mat salih

Setiap kesilapan dan kekesalan yang pernah berlaku dalam hidup kita jadikan pedoman dan teladan serta pengajaran yang berguna pada diri kita dan masyarakat. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

********

Macam mana pula dengan perkara yang paling dekat ialah ajal..?? 

Okeh, siapa di sini yang tahu bila ajal dia akan sampai? Sila angkat tangan sekarang sebab kalau ada saya nak minta tips..!! Hehe (gelak sakan)

Kamu, kamu dan kamu....!!

Tahu ke bila Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kamu? Sudah tentu tidak bukan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Kalau aku cakap tentang ajal ni, takut sikit aku. Huhu Bukan takut mati, cuma takut amal aku yang ciput ni Allah terima ke tidak. Huhu 

Kalau aku mati tengah-tengah taip entry ni, agak-agak Allah terima tak apa yang aku cuba sampaikan kat korang ni erk. 

Ataupun....

Korang tengah baca entry ni, tetibe Allah cabut nyawa korang. Tak sempat nak sembelih lembu korban Jumat ni..! Huhu 

Ya Allah, Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah yakni penutup kehidupan yang baik. Ameen.!!

Aku malas lah nak bebel pasal ajal ni, cuma nak tekankan yang mana.

"Orang yang hebat ialah orang yang selalu ingat akan kematiannya.."

Sekian dahulu entry dari aku malam ni. Semoga korang dapat apa yang aku bebelkan ini. Entry ni juga sebagai ingatan kat aku. Mudah-mudahan korang mendapat manfaat yer..

Bila malaikat izrail datang memanggil...
Hancurlah jasad dari badan...
Tinggallah cuma pahala dan amal...
Menjadi bekalan di akhirat kelak...

Khusairi
24/10/2012
12.00 am
Rasa Desa

Tuesday 23 October 2012

Sajak Uia Kuantan


Bumi Kuatan dilimpahi rahmat, 
Menjadi pilihan seribu umat, 
Taman budi dan ilmu kami langkahkan,
Ahlan Wasahlan diucapkan....

4 September menjadi saksi,
Tarikh kami mula di sini,
Hadir dengan kerisauan, 
Kini bertukar senyuman..



At-Tabari rumah kedua, 
Tempat beradu dan juga bersama,
Rakan DQ punyalah ramai,
CTS dan Biotech jurusan kami,

Suasana indah sungguh mendamaikan, 
Tasik Bandar kunjungan setiap petang, 
Mencari ilham buat peneman, 
Mudah-mudahan tingkat kesihatan.

Bangunan kuliyah jauh nun di sana, 
Jalan kaki punyalah letih, 
Mujur sekarang motor ada, 
Tiada lagi titis peluh.

Apa lagi dapat ku bicara,
Datanglah saksi dengan mata kepala, 
Usah ragu dengan suasana, 
Semuanya aman lagi terpelihara...

Sekian, 
Pantun entah apa-apa..

Khusairi
23/10/2012
Rasa Desa
1.13 am

Monday 22 October 2012

Ujian dari Allah, Tiadalah Cuma....

Assalamualaikum wbr...

Dingin angin meniup sepi, 
Hujan renyai membasahi bumi, 
Indah nya suasana di sini,
Tenang damai mencium hati, 

Ketika entry ini ditulis, jam di tangan sedang menunjukkan pukul 9 malam 22 Oktober 2012. Keberadaan aku di rumah sempena cuti pertengah semester kali ini amat bermakna sekali. Terasa nikmat dapat melepaskan rindu ku pada yang tercinta, ummi abah, dan adik-adik kecil ku.

Walaupun aku diberikan cuti seminggu, bukan bermakna aku harus enjoy dengan perkara tak bermanfaat. Aku harus pikul tanggungjawab ini demi keluarga tercinta.

Selepas cuti, aku ada exam mid semester. 4 subjek kesemuanya iaitu Microbiology, Organic Chemistry, Islamic Worldview dan Management Principles and Practices. 

Aku dah pasang niat tatkala kaki menjejak ke bumi Kuantan, Taman Ilmu dan Budi ini. Jika dahulu peluang aku dah persiakan, kini bukan lagi. Aku punyai tanggungjawab untuk bantu keluarga. Jadi, kenapa aku perlu lepaskan peluang buat kali kedua.

Kini aku nekad untuk beri sesuatu yang dapat membanggakan keluarga aku terutamanya ummi dan abah yang dah banyak sangat berkorban demi kami adik beradik ini. Mendidik dan menjaga kami dari kecil sehingga menjadi manusia seperti sekarang.

Apatah lagi aku sebagai anak sulung dalam keluarga....

Harapan keluarga untuk lihat aku berjaya dalam pelajaran harus aku tanggung sekarang. Niat sudah dipasang, cuma pelaksanaan je baru berjalan sikit-sikit. Mudah-mudahan Allah membantu aku melayari bahtera kehidupan sebagai mahasiswa di sini dengan jayanya.

"Sesungguhnya Rahmat Allah itu lebih besar dari segala-segalanya..."

Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahman, Ayat 13

nikmat apa yg kamu dustakan

"Nikmat apakah lagi yang kamu dustakan..." (55:13)

Allah dah berikan aku segala punya nikmat, terutamanya nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, jadi perlukah aku untuk tidak mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya..??


Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar (33x) 

Allah sebaik-baik penjaga..!! 

Tatkala kuasa jagaan emak dan ayah kita tak sampai kerana berada jauh dari kita, percayalah. Allah lah yang sedang menjaga kita jika kita menurut perintahNya dan berusaha untuk menjadi HambaNya yang soleh. 

Pernah juga aku terfikir, kenapa aku tidak selalu dapat apa yang aku inginkan..?? Kenapa Ya Allah...

Rupa-rupanya Allah telah berjanji dengan hambaNya lama sudah. Setiap apa yang kita inginkan tidak semestinya kita perolehi serta merta. Kerana pabila kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itulah yang paling baik.

Kenapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan..??

Itulah tanda-tanda jika orang beriman berfikir sejenak. Allah hadirkan sinar kebahagian dan ketenangan setelah Dia menimpakan ujian kepada kita. Ujian Allah tidak zalim sedikit pun. Manusia sahaja yang zalim terhadap diri sendiri dan orang lain. 

Kenapa kita perlu takut dengan ujian Allah..?? Jika kita orang-orang yang beriman..


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?“- Al-Ankabut (29:2)

Sudah terang lagi bersuluh. Kenapa Allah menghadirkan ujian kepada kita. Sesungguhnya Dia sedang menguji kita, jika kita sabar dan tabah dengan ujianNya. Maka akan dinaikkan darjat kita di sisi Nya.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang beriman. Tabahkan hati aku Ya Rabbi, permudahkan segala urusan aku di sini dan di sana yang sedang menanti.

Setiap yang berlaku dalam hidup aku sehingga kini, akan aku jadikan pedoman serta pengajaran demi kelangsungan hidup yang hakiki. Hadirkanlah seseorang yang mampu membimbing aku ke arah pemantapan insaniah dalam diri ini demi mendapat redhaMu Ya Rabb.

Aku mohon dengan sangat Ya Allah, Aku mohon dengan sangat....!!

Tiadalah aku cuma hamba hina, 
Menagih kasih dari sang dia,
Bukan kaca tapi permata,
Izinkanlah aku Tuhan Pencipta.....

Khusairi92

Rasa Desa, 
22/10/2012
9.00 pm





Wednesday 17 October 2012

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan IIUMk

Assalamualaikum wbr...

Marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Alhamdulillah, Ya Rabbi :-)

Ketika entry ini ditulis, aku memang tak ada kelas hari ni. Hari rabu insyaALLAH sepanjang hari aku free. Alhamdulillah, tadi aku sarapan di kedai Pak Lah IM8 dengan Khai dan Hafiz. Terbaik lah dia punya roti canai.

Seusai itu, aku baru sahaja selesai basuh motor EX5 kesayanganku bersama Khai. Bagi aku, seboleh-bolehnya nak gunakan masa yang terluang dengan sesuatu yang bermanfaat. Aku tak suka kalau masa aku terbuang begitu sahaja dengan tidur ke, dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah menjaga aku di sini kerna Allah lah sebaik-baik penjaga.

Okeh, berbalik kepada entry aku pagi ni. InsyaALLAH, aku nak cerita lah serba sedikit tentang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan. Almaklumlah, dah jadi student UIA mestilah aku kena tahu serba sedikit maklumat tentangnya kan.

Ibarat orang yang bercinta, mestilah tahu maklumat tentang pasangannya kan. Hehe

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

iium logo, iium header, logo uia


Untuk pengetahuan semua, UIAM aka IIUM ada beberapa buah kampus.

  • UIA Kampus Gombak
Kampus ini ibarat kampus utama kerana di sini lah terdapat banyak fakulti selain sains. Hampir 15 ribu pelajar lah juga. Kampus ini sudah semestinya terletak di Gombak, Selangor. Korang boleh tengok info menerusi laman web UIA Gombak : iium.edu.my

  • UIA Kampus Kuantan
Kampus ini boleh dikira barulah juga, tahun 2004 rasanya baru officially dibuka. Sekarang pun beberapa buah bangunan fakulti baru siap dibina seperti Faculty Dentistry, Faculty Allied Health Science, Faculty Pharmacy dan beberapa mahallah (asrama) pelajar sedang giat dibina.

Di sini, terdapat 6 buah Fakulti iaitu Medicine, Dentistry, Pharmasy, Science, Allied Health Science, Nursing. Bilangan pelajar pun tak berapa ramai, ada lebih kurang 3 ribu lebih sahaja. Walaupun suasananya tak semeriah Gombak namun ketenangan dan kedamaian kampus ini tak dapat dibandingkan. Setiap pagi mesti kabus akan menyeliputi sebahagian kampus. Sejukkkkk

  • UIA Petaling Jaya 

Kampus ini ialah pusat asasi UIA yang mana terletak di Petaling Jaya, Selangor. Atau lebih dikenali sebagai Centre for Foundation Studeis (CFS). Kampus ini dulunya merupakan bekas Kolej Islam Malaya, dan merupakan bangunan UIA yang asal di awal penubuhannya. Tetapi kampus ini akan ditutup nanti sebab UIA Kampus Pagoh (engineering) dan UIA Kampus Gambang sedang giat dibina.

PETA UIA KUANTAN

peta uia kuantan
Klik untuk besarkan


GAMBAR SEKITAR

  • Pintu Utama Uia Kuantan
main gate uia kuantan

  • Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA Kuantan
masjid sultan ahmad shah iium kuantan
masjid sultan ahmad shah iium kuantan
masjid sultan ahmad shah iium kuantan

masjid sultan ahmad shah iium kuantan

Sumber : google images

Okeh, cantik tak..? Tu baru gambar masjid... nanti aku upload gambar lain pula yer... Enjoy!!

Sekian,
Terima kasih.

UIA Kuantan aku datang,
Mencari ilmu penuhkan di dada,
Siapalah aku untuk menentang,
Kerna hanya Engkau punya kuasa.

Khusairi92
Tabari, Uia Kuantan

Tuesday 16 October 2012

Perasmian Blog Travelog Hamba di Bumi Kuantan

Assalamualaikum wbr...

Buat pertama kalinya blog "Travelog Hamba di Bumi Kuantan" ditubuhkan secara rasminya. Tanggal 16 Oktober 2012, jam 4.00 petang aku merasmikan blog ini. Setelah sekian lama aku memendam rasa untuk menukilkan sesuatu tatkala keberadaan ku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan, kini akhirnya terlaksana jua.

Aku, Umi, Tok Esah dan Abah.... <3

Walaupun aku sudah mempunyai pelbagai genre blog termasuk yang utama tokesah.com, blog ini aku buatkan demi semata-mata merakamkan segala kisah suka duka, penat jerih, onak liku kehidupan aku di sini. Banyak pengalaman dan info yang aku nak kongsikan untuk menjadi santapan aku pada masa akan datang.

Serba sedikit tentang keberadaan aku di sini, bumi Kuantan yang dipilih Allah. Pada 4 September 2012, pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Taman Budi dan Ilmu ini. Perasaan gembira tak terkata. Sesungguhnya aku terlalu dahagakan ilmu. 4 bulan aku cuti di rumah sahaja. huh.

Gaya bahasa penulisan aku di blog ini akan terdapat banyak cara. Ada kala aku akan menggunakan teknik monolog, sajak, syair, puisi atau sebagainya. Mudah-mudahan dengan ada nya blog ini akan menjadi rujukan dan kenangan buat aku dan korang semua selama 4 tahun aku berada di sini.

Sekian sahaja tulisan aku untuk perasmian blog Travelog Hamba di Bumi Kuantan ini. Entry lain akan menyusul, insyaALLAH.

Di sini aku terdampar, 
Tanah barakah bumi Kuantan,
Moga misi mencari sinar,
Temui Kegembiraan dan kedamaian...

Khusairi92
Library, Uia
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...