Tuesday, 16 October 2012

Perasmian Blog Travelog Hamba di Bumi Kuantan

Assalamualaikum wbr...

Buat pertama kalinya blog "Travelog Hamba di Bumi Kuantan" ditubuhkan secara rasminya. Tanggal 16 Oktober 2012, jam 4.00 petang aku merasmikan blog ini. Setelah sekian lama aku memendam rasa untuk menukilkan sesuatu tatkala keberadaan ku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan, kini akhirnya terlaksana jua.

Aku, Umi, Tok Esah dan Abah.... <3

Walaupun aku sudah mempunyai pelbagai genre blog termasuk yang utama tokesah.com, blog ini aku buatkan demi semata-mata merakamkan segala kisah suka duka, penat jerih, onak liku kehidupan aku di sini. Banyak pengalaman dan info yang aku nak kongsikan untuk menjadi santapan aku pada masa akan datang.

Serba sedikit tentang keberadaan aku di sini, bumi Kuantan yang dipilih Allah. Pada 4 September 2012, pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Taman Budi dan Ilmu ini. Perasaan gembira tak terkata. Sesungguhnya aku terlalu dahagakan ilmu. 4 bulan aku cuti di rumah sahaja. huh.

Gaya bahasa penulisan aku di blog ini akan terdapat banyak cara. Ada kala aku akan menggunakan teknik monolog, sajak, syair, puisi atau sebagainya. Mudah-mudahan dengan ada nya blog ini akan menjadi rujukan dan kenangan buat aku dan korang semua selama 4 tahun aku berada di sini.

Sekian sahaja tulisan aku untuk perasmian blog Travelog Hamba di Bumi Kuantan ini. Entry lain akan menyusul, insyaALLAH.

Di sini aku terdampar, 
Tanah barakah bumi Kuantan,
Moga misi mencari sinar,
Temui Kegembiraan dan kedamaian...

Khusairi92
Library, Uia
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...