Monday 12 November 2012

Cerpen : Aku Terima Nikahnya #1

Kring, kring, kring....!!

Bunyi deringan telefon bimbit ku berbunyi memecahkan alam fantasi mimpi aku. Entah, tiba-tiba aku tertidur pula sejurus pulang dari kelas jam 5 petang tadi. Penat sungguh aku hari ini, kelas dari pagi sampai ke petang, itulah mahasiswa.

Aku cuba mencari dari mana bunyi deringan tadi. Oh, handphone ku berada dalam laci locker. Terasa berat badan nak melangkah bangun dari katil. Siapa pula yang telefon aku waktu senja macam ni, hmmmm Dengus hati aku.

Ku pandang skrin telefon, terpapar nama ummi buat 'miscall'.

"Kenapa pula ummi telefon aku lewat petang ni, mesti ada hal mustahak ni", monolog aku sendirian cuba menafsirkan isi hati ummi. Tanpa membuang masa, aku terus 'call' kembali.

Tak perlu lama aku menunggu, kedengaran suara wanita yang menyahut salam ku. Aku yakin, ummi yang sedang bercakap, ibu kandung ku yang menjaga dan mendidik aku sejak kecil lagi.

"Assalamualaikum ummi, minta maaf tadi tidur, tak sempat nak angkat..."

"Waalaikumussalam, patutlah. Hmmmm, tak baik tidur petang-petang ni, otak lembap nanti", nasihat pula ummi pada aku. Aku mengiyakan sahaja.

"Baiklah ummi. By the way, kenapa ummi telefon along ni..?"

"Hmmm, along bile cuti? Ummi ada benda nak cakap ni..."

"InsyaAllah minggu depan along cuti. Erk... benda apa tu ummi? Penting sangat ke...??", tanya aku kembali untuk kepastian.

"Ummi tak nak cerita dalam telefon, tunggu along balik lah. Ini pasal masa depan along juga..".

"Erk... " , aku terkedu seketika. "Baiklah ummi, nanti along balik cerita tau..!!".

"InsyaAllah, ini pun pasal bakal menantu ummi. Ada orang masuk melamar along", jawapan ummi buat aku tersentak.

"Hah..?"

Biar betul ummi ni. Pelbagai persoalan hadir dalam minda ku. Siapa perempuan yang datang melamar aku tu? Kenapa dan bermacam-macam lagi yang bermain di benak fikiran aku tika itu.

Tiba-tiba kedengaran azan Maghrib dari pembesar suara masjid UIA. Aku akhiri perbualan dengan seribu persoalan yang belum terjawab. Ummi pun dah janji nak cerita pada aku bila aku balik rumah minggu depan.

Hati aku tak tenang. Lantas aku mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Aku harus sujud kepada Tuhan Sekalian Alam agar hati ku kembali tenang. Aku tahu, semua ini aturan Dia. Mudah-mudahan ini yang terbaik dalam hidup aku.

Kaki ku melangkah keluar dari bilik........

#Bersambung

Khusairi
3.25am
Tabari, Kuantan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...