Saturday, 31 January 2015

Mekong Delta Tour, Kembara di Ho Chi Minh City #bpHCM

Assalamualaikum wbr..

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada entry kali ini. Setelah aku mengisahkan perjalanan kami berempat di bumi Ho Chi Minh untuk hari pertama, kedua dan ketiga, maka kali ini aku akan garapkan pengembaraan kami kali ini ke Mekong Delta.

23 Januari 2015 - Mekong Delta Tour

Mekong Delta Tour ini kami ambil pakej dengan Tuan Travel seperti sebelum ini iaitu pakej ke Cu Chi Tunnel. Harga untuk one day tour ke Myo Tho Ben Tre Mekong Delta ini berharga 7USD atau bersamaan RM24 (145000vdn). Perjalanan kami bermula jam 8.00 pagi waktu Vietnam. Kami diminta berkumpul di depan hotel sementara menunggu bas datang.




Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang dua jam untuk ke sana. Sepanjang perjalanan kami dihiburkan oleh An iaitu pemandu pelancong yang sangat lawak. Bagi aku An lebih baik dan fasih bercakap bahasa inggeris berbanding Meng ketika membawa kami ke Cu Chi Tunnel. An banyak berbicara tentang sejarah perang dan budaya rakyat Vietnam kepada kami.


Kami tiba di jeti Sungai Mekong pada jam 10.30 pagi. Lantas kumpulan kami yang diketuai An dibawa menaiki bot penambang menuju ke salah satu pulau. Sepanjang One Day Tour ini kami akan dibawa ke empat buah pulau yang dikenali sebagai Phoenix, Dragon, Turtoise dan Unicorn Islands. Sungai Mekong sangat luas ibarat lautan yang dipenuhi dengan kapal-kapal dan tongkang besar.




Pulau pertama yang disinggahi kami ialah pulau Unicorn yang banyak dipenuhi pokok kelapa. Di sini kami diberi pendedahan bagaimana coconut candy dihasilkan. Sangat seronok berada di sini kerana kami dapat mencuba dan merasai sendiri keenakkan coconut candy. Di sini juga terdapat pembuatan rice paper atau kertas nasi yang sangat unik. Jika anda bernasib baik, mereka juga ada mempamerkan beberapa ekor ular sawa burma untuk disentuh dan dipegang. haha


Selepas melawat perusahaan coconut candy, kami dibawa oleh An untuk makan tengah hari di restoran berdekatan. Namun, kami tidak makan nasi berlaukkan 'pork' atau daging babi kerana Haram untuk kami. Maka kami meminta air buah kelapa untuk kami mengisi perut. Anda boleh ambil pakej muslim tour namun harga pakej mungkin berbeza.

Setelah pulau Unicorn, kami kembali menaiki bot ke Pulau Phoenix untuk menyaksikan penghasilan madu Vietnam. Kami disambut oleh gadis-gadis Vietnam yang cantik. hehe Aku perasan ada seorang gadis ni asyik memandang aku di saat aku tiba di situ. Sehingga dia datang ke meja kami lalu menyajikan madu dicampur dengan air limau suam ditambah dengan pollen. Sangat sedap rasanya. Tapi anda jangan terkejut jika gadis-gadis tersebut mampu bercakap dalam bahasa melayu.


Selepas itu, kami dibawa menaiki pula sampan kecil menyelusuri laluan air yang dikelilingi pepohon nipah. Satu buah sampan boleh dinaiki empat orang ditambah dengan dua orang pendayung. Sampan kami didayung oleh seorang mak cik ni. Beliau terus bercakap dalam bahasa Vietnam di saat aku menyapa mereka 'Xin Chiou'. Aku hanya tahu perkataan apa khabar dalam bahasa Vietnam itu sahaja. haha

Bagi aku, sepanjang tour ini, pengalaman menaiki sampan kecil menyelusuri denai air ini sangat menakjubkan. Sebuah pengalaman yang tak mampu dilupakan. Lebih kurang 15 minit mendayung, kami sampai di sabuah jeti kayu. Jangan lupa untuk memberikan mak cik si pendayung sampan tersebut sedikit tips. Kami bagi 10000vdn sahaja.

Setelah itu, kami berjalan dalam kumpulan melalui kebun buah-buahan dan singgah menjamu beberapa jenis buahan seperti nangka, buah naga, ciku, nenas.dan termbikai. Ketika menjamu buahan, kami dihiburkan oleh beberapa orang penduduk tempatan menyanyikan beberapa buah lagu Vietnam. Namun jangan terkejut pabila mereka turut menyanyi lagu 'Jika anda gembira tepuk tangan' dalam bahasa MELAYU.


Pengembaraan kami berakhir setelah kembali pulang ke jeti dan menaiki bas selama dua jam pulang ke bandar Ho Chi Minh. Tour yang sangat santai dan best jika anda mempunyai masa terluang.

Sekian,

Terima Kasih

Kucer

6 comments:

budak1989 said...

salam pergi ke delta mekong pakai pakej apa ye

budak1989 said...

salam pergi ke delta mekong pakai pakej apa ye

Tok Esah said...

@qusyairi kami amek pakej biasa jer.. kalau nak pakej halal tour mahal sikit tp berbaloi sebab dia bg lunch makanan halal..

mdnasiridris said...

salam. ambil pakej mekong tu dgn travel Tuan. mcm nama travel melayu shj.

saya nak pergi hcm pd 24 oktober. boleh bagitahu pakej travel mana yg di ambil

mdnasiridris said...

salam. ambil pakej mekong tu dgn travel Tuan. mcm nama travel melayu shj.

saya nak pergi hcm pd 24 oktober. boleh bagitahu pakej travel mana yg di ambil

Tok Esah said...

@mdnasiridris Tuan Travel bukan syarikat melayu, tp diorang boleh jugak cakap melayu sikit.. syarikat ni di jalan Pham Ngu Lao street, http://www.tuantravel.com/ dulu kami amek pakej mekong delta one day, ade sedia lunch tp bukan halal punya.. so kami makan ikan n nasi..

encik boleh walk in jer, nanti bas akan ambil depan hotel.. kami pun stay kat area situ, have fun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...