Thursday, 29 January 2015

Kembara di Ho Chi Minh City, Hari Pertama #bpHCM

Assalamualaikum wbr..

Syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita bersua pada kali ini. Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah swt. Setelah dua entry aku coretkan tentang kembara ke Ho Chi Minh City iaitu berkaitan dengan persiapan awal dan itinerary Ho Chi Minh, kali ini aku akan bicarakan perjalanan kami berempat di bumi Ho Chi Minh, Vietnam.

Hari pertama, 20 Januari 2015

Waktu boarding flight Air Asia (AK0522) dijangka pada pukul 2.00pm, kami mengambil bas Jet Bus dari Terminal Bersepadu Selatan yang berharga RM10. Perjalanan menaiki bas memakan masa lebih kurang satu jam. Namun jika masa tak mencukupi anda boleh mengambil ERL Transit ke KLIA2 dengan harga RM26.50, hanya memakan masa 32 minit.

Selepas tiba di KLIA2, kami terus menuju ke International Departure Gates, L15 sambil melalui custom, imigresen dan security screening. Sila rancang perjalanan anda sebaik mungkin agar mempunyai cukup masa di sini.

Perasaan pertama kali ke luar negara. haha
 
Gembira tak terkata,
Waktu di Vietnam lambat satu jam berbanding Malaysia kerana GMT7+, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 min. Justeru kami sampai di Tan Son Nhat International Airport tepat jam 4 petang waktu di Ho Chi Minh. Selepas menuju ke security screening, kami berjalan keluar daripada airport untuk mengambil bas ke hotel penginapan.

Kami keluar airport, sebelah kanan sudah menunggu kami bas yang dicari iaitu bas bernombor 152 yang menuju ke Ben Thanh Market. Harga tiket hanyalah RM1 @ 5000vdn seorang.



Motor jatuh sendiri, Ben Thanh Market

Selepas tiba di stesen bas, kami berjalan menuju ke hotel penginapan kami iaitu Thuan Duc Hotel, 219 Pham Ngu Lao Street. Berpandukan peta yang dah aku print, misi mencari dimulakan. Alhamdulillah, tak lama selepas tu kami temui hotel yang tersorok di celah lorong-lorong tikus. haha

Hotel Thuan Duc akan aku bicara lebih lanjut dalam entry seterusnya. Malam itu selepas menunaikan solat, kami keluar berjalan ke pasar malam Ben Thanh yang dibuka bermula jam 8pm sehingga 11pm setiap hari. Kebanyakkan peniaga di pasar malam ini merupakan peniaga di pasar Ben Thanh itu sendiri yang hanya dibuka pada waktu siang.

Berdasarkan cerita orang sebelum ini, harga di pasar malam sesetengah barang lebih murah berbanding di dalam pasar Ben Thanh. Itu kami turut akui bagi beberapa barang. Malam ini kami hanya meronda sahaja bukan niat nak membeli pun. Tapi nasib aku tak baik sebab kena tarik dan gaduh dengan kakak peniaga ni.

Aku tanya harga beg sandang kulit, dia tawar 830000vdn @ RM110. Aku kata mahal, dia tawar lagi sampai aku keliru sebabkan pertama kali melihat jumlah matawang banyak macam ni. Mungkin silap aku kerana menunjukkan aku minat untuk membeli sehinggakan hampir 20 min aku bertikam lidah.

"Make me lucky, lucky..."

Peniaga di sini memegang prinsip pelanggan pertama membawa tuah. Jika berjaya pelanggan pertama maka perniangaan mereka akan berjaya pada hari itu. Akhir sekali aku minta harga bawah RM50 tapi dia tak bagi. Aku terus blah sambil kakak tu pukul bahu aku.. HAHAHA

Itulah pengalaman pertama aku ditarik, selepas itu aku berhati-hati. Pada malam tu kami cuba juga Kopi Halal Trung Nguyen Vietnam yang femes. Harga segelas hanya 20000vdn @RM3. Di pasar malam ini banyak penjual berbasikal yang menjual kopi halal ini.

Selepas pulang dari pasar malam, kami survey beberapa travel agent yang menawarkan pakej Chu Chi Tunnel. Alhamdulillah, kami temui pakej yang ditawarkan oleh Tuan Travel dengan harga USD4 (75000vdn) tambah tiket masuk 90000vdn. Maka kami dapat 165000vdn @ RM28 sahaja. Antara paling murah yang kami temui.

Malam itu berakhir dengan perasaan puas hati dapat menjejakkan kaki di bumi Vietnam. Kami tidur awal sebabnya esok pagi jam 8.00am kami kena tunggu bas untuk ke Chu Chi Tunnel.

Sekian,

Terima Kasih.

Kucher

1 comment:

Anuar mustafa said...

Assalam tuan..
bolehg bagitahu kat saya Tuan Travel ni berada di kawasan mana ya? i mean landmark dia di mana??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...