Assalamualaikum wbr...
Alhamdulillah, kali ini kita bertemu lagi dengan rahmat Allah swt. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja menghabiskan cuti semester di bumi Vietnam selama seminggu iaitu pada 20 Januari hingga 25 Januari 2015 bersama teman bilik seramai empat orang ke semuanya.
Jadi untuk merakamkan kisah pengembaraan kami berempat ke Ho Chi Minh, aku akan tulis beberapa entry termasuklah PreDeparture (persiapan), Itinerary Ho Chi Minh City, Perjalanan kami setiap hari, Tempat penginapan, Sistem Pengangkutan, Tips shopping, dan sebagainya. Teruskan membaca blog picisan ini.
PreDeparture to Ho Chi Minh City, Vietnam
Persiapan sebelum memulakan perjalanan bagi aku sangatlah penting. Hal ini kerana kita harus bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi sama ada di dalam jangkaan mahupun di luar jangkaan kita sendiri. Untuk perjalanan pertama kami di luar negara ini, persiapan paling awal kami buat ialah menempah tiket (tix) kapal terbang pergi dan balik sewaktu promosi dilaksanakan.
Seingat aku, kami beli tiket ini hanya merancang pada satu malam di bulan September lepas yakni 4 bulan sebelum berlepas. Sewaktu itu, Air Asia ada memberikan promosi yang mana kami dapat tix pergi hanya berharga RM75 termasuk taxes dan tiket pulang berharga RM125 termasuk taxes. Tambahan, kami ambil bagasi 50kg sewaktu pulang kerana hendak shopping. haha
Setelah hal tiket selesai, masing-masing buat kajian dan bacaan umum di blog dan web. Aku pun mula buat itinerary sendiri berdasarkan penelitian dari bacaan untuk tempoh 6 hari 5 malam itu. Itinerary ini bagi aku penting sebagai guideline kepada kita untuk memaksimakan tempoh pengembaraan kita agar tidak terlepas pandang. Sama ada nak buat sendiri mahupun ubah suai daripada orang lain pun tidak mengapa.
Sebelum berlepas juga amat dinasihati agar mencari informasi tambahan tentang tempat makanan halal, sistem pengangkutan, harga dan paling penting bahasa komunikasi. Alhamdulillah, untuk trip ke Ho Chi Minh ini kami tidak berdepan dengan masalah besar sangat pun. Komunikasi di Ho Chi Minh ada yang mampu bercakap Inggeris, bahkan bahasa melayu sendiri. Usah terkejut jika rakyat Vietnam berbicara dalam bahasa Melayu.
Tambahan lagi, kami sudah awal-awal lagi meng'install' aplikasi currency, bahasa, maps offline, waktu solat di HCM dan sebagainya. Aku pun ada sediakan total currency dalam usd, ringgit dan vietnam dong. Ini bakal memudahkan korang bila di sana kerana mereka menjalankan urus niaga dalam ketiga-tiga mata wang tersebut.
Akir kata, persiapan awal sebelum bertolak sangat penting dalam memastikan perjalanan kita lebih tersusun dan terbaik. Setakat itu sahaja untuk entry kali ini, entry lain bakal menyusul kemudian.
Terima Kasih
Kucher
#GengHCM #WeTravelWeLove #KucerTravel #bpHCM
No comments:
Post a Comment