Assalamualaikum wbr..
Bertemu lagi kita pada kali ini. Kali ini aku sambung kisah pengembaraan kami di Ho Chi Minh City untuk hari kedua pula. Entry sebelum ini aku dah bicarakan tentang persiapan sebelum kembara, itinerary Ho Chi Minnh City dan kisah hari pertama di bumi Vietnam.
Hari Kedua - 21 Januari 2015
Pada hari ini kami akan pergi ke salah satu tempat perlancongan terkenal di Vietnam iaitu Cu Chi Tunnel. Terowong Cu Chi ini merupakan terowong yang dibuat oleh tentera Vietnam (VietCom) semasa berperang dengan Amerika suatu ketika dahulu. Sungguh menakjubkan pabila melihat kecanggihan dan kebijaksanaan mereka sehingga mampu membina sebuah sistem terowong yang sebegini rupa.
Kami berkumpul di depan travel agent kami iaitu Tuan Travel yang ditempah semalam. Bas akan datang mengambil penumpang jam 8 pagi. Kami berempat sahaja lelaki melayu, manakala yang lain adalah orang putih. Pemandu pelancong kami pada pagi itu ialah Meng. Walaupun beliau mampu bercakap bahasa inggeris namun sebutannya agak terabur sehingga penumpang dari Lithuania tidak memahami lawak yang cuba disampaikan. huhu (patutlah murah pakej kami)
Perjalanan dari pusat bandar ke Cu Chi Tunnel mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami ada juga singgah sebentar di Handicapped Handcraft untuk membuang air dan juga melihat beberapa hasil kraftangan yang dibuat oleh rakyat Vietnam yang kurang bernasib baik (OKU). Hasil kraf mereka sangat cantik dan berkualiti sehingga harga satu produk mampu mencecah ribuan ringgit.
Setibanya di Cu Chi Tunnel, kami dibawa ke satu tempat untuk menonton tayangan dokumentari yang pernah disiarkan sewaktu perang Vietnam-Amerika dahulu. Tempoj tayangan kalau tak silap lebih kurang 40 minit. Selepas tayangan itu, kami dibawa pula melihat lubang rahsia untuk masuk ke terowong bawah tanah. Lubang ini dilitupi daun-daun kering dan hanya bersaiz tubuh keding ku ini. Mujur aku boleh masuk, haha. Wajib cuba jika anda bakal ke sini.
Kemudian Meng membawa kami ke lubang udara rahsia yang terbina di dalam busut. Sekilas memandang pasti tidak percaya yang busut itu merupakan lubang udara rahsia terowong cu chi. Setelah itu, kami melihat pelbagai jenis perangkap yang dibuat oleh tentera Vietnam suatu ketika dahulu. Setiap jenis perangkap mempunyai fungsi yang berbeza. Aduuuh, sekali terkena sakit bukan kepalang.
Setelah meninjau perangkap, kelihatan sebuah bangkai kereta kebal Amerika tersadai di situ. Kereta kebal tersebut dilaporkan terkena periuk api pihak tentera Vietnam. Di sini kami gian mengambil gambar sebagai kenangan. Terdapat juga beberapa buah patung yang memakai pakaian asal ketika itu untuk menggambarkan suasana saat peperangan itu.
Tak lama kemudian, kami berjalan lagi ke satu tempat yang dinamakan pusat menambak. Di sini, pengunjung boleh cuba untuk merasai saat peperangan dengan membeli beberapa butir peluru hidup dan menembak menggunakan beberapa laras senjata yang sebenar. Kami tidak memcubanya kerana harga peluru agak mahal. Terdapat juga cenderamata dan makanan yang dijual di sini seperti jagung bakar.
Lebih kurang 15 minit berehat, kami dibawa ke pintu masuk terowong untuk merasai sendiri merangkak di dalam terowong bawah tanah tersebut. Suasana yang agak gelap dan sempit. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana mereka mampu utnuk hidup dalam terowong waktu itu. Hebat...!!
Pengembaraan kami di Cu Chi Tunnel ini berakhir dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak pengelola dengan menghidangkan kami dengan ubi kayu rebus dan air teh pandan. Kami dan mat salleh lain turut merasai kenikmatan makanan tradisional ini. Mereka menyajikan makanan ini adalah untuk menggambarkan suasana perang ketika itu. Mereka hanya bergantung kepada ubi kayu untuk kelangsungan hidup.
Sesi melawat terowong Cu Chi berakhir jam 1 petang dan kami berangkat pulang ke hotel. Kami sampai di sana jam menunjukkan pukul tiga petang. Selepas berehat di bili, kami keluar kembali ke kawasan Ben Thanh Market. Malam itu kami singgah di restoran Al-Amin untuk makan makan.
Restoran Amin terletak di kawasan orang Malaysia iaitu berhampiran dengan Restoran Hajah Basiroh dan Restoran 1Malaysia. Harga makanan di sini agak mahal iaitu nasi goreng seafood aku ambil berharga 50000vdn @ RM8. Tetapi jika nak dibanding dengan restoran halal lain, aku rasa restoran Amin ini boleh dikatakan antara yang murah.
Sekian sahaja kisah kami mengembara di bumi Ho Chi Minh pada hari kedua. InsyaAllah aku akan sambung lagi kisah ini di lain waktu.
Terima Kasih
Kucher
4 comments:
salam. brp hrg pakej ke chu chi tunnel
salam. brp hrg pakej ke chu chi tunnel
maaf, dah ada hrg pakej chu chi tunnel. cuma saya nak tahu ttg travel Tuan. ada no cotact travel ini ke?, lokasinya di mana.
saya pernah ke hcm thn 2013. saya akan pergi lagi seramai 21 org pd 24 oktober ini, insha Allah
maaf, dah ada hrg pakej chu chi tunnel. cuma saya nak tahu ttg travel Tuan. ada no cotact travel ini ke?, lokasinya di mana.
saya pernah ke hcm thn 2013. saya akan pergi lagi seramai 21 org pd 24 oktober ini, insha Allah
Post a Comment