Friday 16 January 2015

Happy New Year 2015, Azam dan Imbasan..!

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah, bertemu lagi kita untuk entry pertama tahun baru 2015. Fuhhh, lama tak update walaupun hati dan jiwa mahu mencoret pelbagai cerita di sini. Kali ini baru ada semangat untuk jari menari-nari atas papan kekunci ini. Ku panjatkan syukur pada Tuhan.

Azam Tahun 2015

Tahun ini usia ku dah menginjak ke angka 23 insyaAllah. Selama 23 tahun jugalah aku bernafas di dunia ini dengan Rahmat Allah swt. Berbalik kepada azam tahun baru ni, aku ada memasang beberapa azam, seperti berikut:

  • Travel Asean countries, Vietnam, Thailand, Singapore.
  • Hiking paling kurang dua buah gunung
  • Sertai marathon atau fun run paling kurang 3
  • Capai pointer 3.3 untuk sem 6 dan 7
  • Kumpul duit Tabung Haji 6k
  • Hafal surah Mulk, Kahfi, juz amma, etc
  • dan sebagainya 
Aku harap azam ku ini akan tercapai dengan jayanya. Moga Tuhan merahmati segalanya. Korang pun sama-samalah bagi sokongan yer. haha

Imbasan Tahun 2014

Tahun 2014 merupakan tahun yang amat mencabar buat negara kita, Malaysai amnya. Kita ditimpa beberapa tragedi udara dengan MH370, MH17 dan terbaru QZ8501. Moga kita semua dilindungi dengan perlindungan sebaiknya dari Allah swt.

Tahun ini juga menoktahkan beberapa azam aku dulu iatu untuk menyertai marathon dengan 10km FitPahang, Run with Syria 6th place. Hiking aku tak buat namun aku sempat jadi Program Coordinator untuk Nenggiri 3.0. Sumpah best program bawah ARC IIUM Kuantan.

White Water Rafting Nenggiri
Nenggiri 3.0


Selain itu, aku sertai beberapa bakti siswa iaitu Baksis TWIS (Tabarian With Sabahan) dan SALAM (Sciencess Langkawi Mission). Kedua-duanya aku pegang biro Pub Pro. Program TWIS kami mewakili komiti Mahallah Tabari ke Kg Merotai Besar, Tawau. Sumpah best. Program SALAM pun best bila ramai kawan-kawan yang pergi ke Kg Bohor Berendam, Langkawi.

SALAM 2014

Dari segi pengalaman menaiki kapal terbang, tahun 2014 memang banyak aku naik. Sejak bulan Mei, aku mula yakin naik kapal terbang Air Asia ke Tawau untuk TWIS, dah lah KLIA2 baru sahaja dibuka waktu itu. Kemudian, aku naik Malindo bawak tok esah dari KT ke subang, dan pulang dengan AA. Hanya aku berdua. Selepas itu aku datang ke KL lagi dengan AA untuk pergi ke Legoland bersama cumah sekeluarga. Dan terakhir aku naik Malindo dari Kuantan ke Subang untuk ke MAHA. Justeru, tahun 2014 sahaja aku naik 5 penerbangan Air Asia di KLIA2, dan dua penerbangan Malindo.

Malindo (KTN-SBG)


Air Asia (TAW-KUL)
Pengalaman paling bermakna waktu aku cuti summer dahulu ialah dapat travel bersama Wan ke Sungai Petani, Kedah. Kami ke sana dengan kereta Peman yang pulang ke Maktab IPSAH, Sungai Petani. Memang gamble betul kami di sana. Kami ke Penang, terokai tempat menarik di SP seperti Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Seterusnya kami menaiki KTM ke Alor Star, alhamdulillah sempat melawat Menara Alor Star, Muzium Padi, Pekan Rabu, Tasik Perdana Jitra. Terima Kasih kepada semua yang membantu.

Candi di Lembah Bujang

Ketika cuti midsem lepas, OM dan Khai datang Terengganu bercuti. Aku bawa mereka terokai Kuala Terengganu dengan pergi ke muzium, Pulau Wan Man, Pasar Payang, dan sebagainya. Namun program paling berjaya ialah aku berjaya bawa 6 orang ke Pulau Kapas dua hari satu malam. Bajet backpacker. haha Kos lebih kurang RM100 sahaja.

Snorkeling Pulau Kapas


Dari segi akademik pula bagi aku Sem 4 paling best belajar sebab subjek menarik dan pointer pun okehlah. Namun sem 5 sangat susah sebab 6 subjek teras iaitu Natural products, Bioinformatic, Medical Biotech, Research Method, Design Optimisation dan Instrumentation. Dengan susah nak faham, carry mark pula cukup makan. Perghhhh, semangat belajar entah ke mana. Ku harapkan lulus tanpa sangkut, insyaALLAH.

Untuk makluman, bermula sem depan aku akan menjawat jawatan Bureau Public Relation Information Sciencess 2014/2015 menggantikan Wan dan Elena. Assistant aku ialah Mursyidah, budak CTS 131 pakar design. haha Moga Allah permudahkan urusan kami sepanjang tenure ini. Amin.

Saf exco Sciencess 14/15

Hmmm, aku rasa cukup sekadar itu sahajalah coretan aku untuk malam ini. Mudah-mudahan dengan entry permulaan tahun ini bakal membakar semangat aku untuk terus berkarya dalam blog picisan ini. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.

Kucer,
16/1/2015
1:16am


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...