Wednesday 30 January 2013

Kisah Cuti Semester 1 Ku

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah serta kurnianya dapat lagi aku update blog picisan ini untuk sekalian kalinya.

"Untunglah tengah cuti semester...", kata adik kedua aku.

Hek eleh, tinggal beberapa hari sahaja lagi nak habis cuti. Nanti Ahad ni dah masuk semester baru. huhuks

Sebenarnya aku dah lama nak update belog picisan ni namun tiada kelapangan masa plak. Banyak perkara yang aku nak share dengan korang tentang perjalanan hidup aku selama ni.



Kerana Syaitan tu mampu mengalahkan aku untuk berasa 'malas' mengupdate blog ni maka inilah jadinya. Huish2x. Mohon kalian semua tidak mengikut jejak langkah syaitan kerna sesungguhnya merekalah musuh kita yang sebenar.

Kisah sepanjang cuti semester yang tak seberapa....

Minggu pertama cuti aku hanya duduk di rumah kesayangan sahaja. Makan, tidur, movie, bla bla. Seriously aku terlalu bosan duduk kat rumah tanpa buat apa-apa.

Minggu kedua, aku berangkat (betul ke tatabahasa aku ni?) ke ibu kota, Kuala Lumpur. Pertama aku kena teman adik kedua ku, Nia Qaisara Jannah (nama samaran) balik ke kampusnya.

Nak dijadikan cerita, nenek kesayanganku pun turut sekali. Tak lain dan tak bukan iaitu Tok Esah. Jadi, kami bertiga menaiki bas Ekpress Adik Beradik ke sana pada 20 hb.

Sejurus tiba di sana, sumah (mak sdare) dan keluarga datang menjemput kami. Aku dan tok esah tinggal kat sana lah selama seminggu. Aku pun tak tahu nk buat apa kat sana. huhuks

Di sana pun, aku makan, tidur, makan tidur jugak. Hujung minggu sahaja aku keluar dengan adik ku. Haha lucu plak bila orang ramai sangka kami ni pasangan 'suami isteri', haha

"Kucer, ko dah kahwin erk. Ni bini ko ke?", tanya bekas teman sekerja ku di Secret Recipe Mid Valley tempoh hari.

Aku senyum sahaja......

Hari Isnin (Thaipussam) aku menaiki bas untuk pulang ke Terengganu bersama tok esah. Cuti ku hanya tingga 4 hari sahaja lagi, biarlah aku bersama keluarga tersayang pula di penghujung cuti.

In Shaa Allah hari Ahad ni (3hb) mungkin aku berangkat pulang ke Kuantan. Mudah-mudahan perjalanan semester 2 ku di sana berjalan dengan jayanya.

Aku dah berazam untuk memperbaiki kehidupan dan pembelajaran aku sem ni. Mudah-mudahan aku tergolong dalam kelompok Dean List plak. heeee

P/s: Aku bersyukur dengan keputusan sem ni. Walaupun tak cemerlang sangat tapi boleh lah..!! hehe
Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...