Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013…!!

Assalamualaikum wbr…

Syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi bertemu di tahun baru masihi 2013 ini. Umum mengetahui semakin bertambah hari, semakin bertambah umur kita menuju hari tua.

Namun hakikat sebenar umur kita semakin pendek menuju Illahi. Ajal sedang menunggu kita di sana. Kita sedang menghampirinya….

Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah SWT dunia dan akhirat. Apa yang penting, tujuan kita hidup sementara ini adalah untuk mendapat ‘mardhatillah’ yakni KEREDHAAN ALLAH swt.

Sempena tahun baru ini, pertama-tamanya nak memohon seribu satu kemaafan kepada semua yang mengenali aku. Sedar atau tidak, aku tetap pernah buat salah. Hanya kemaafan yang ku pinta dari kalian semua.

Keduanya, azam aku tahun ni yang paling utama sekali ialah untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik dan cemerlang berbanding sebelumnya. Sudah menjadi lumrah, berhijrah dari keadaan yang buruk ke arah keadaan yang lebih baik.

‘Baik’ ini subjektif, jadi baik bagaimana…??

Suka untuk aku pecahkan ‘baik’ ini dalam beberapa bahagian iaitu:

  • Baik dalam agama

Agama memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Kerana agama yakni ISLAM itu sendiri adalah “the way of life”. Islam menyeliputi semua aspek kehidupan kan.

Kalau dulu aku terkadang solat lewat waktu namun kini azamku bila azan berkumandang pastikan diri ku bergegas ke surau atau masjid.

Kalau dulu aku banyak solat sendirian namun kini azamku untuk berjemaah di surau atau masjid atau di bilik bersama teman bilik. Terasa kelainan bila solat di awal waktu.

Kalau dulu aku terkadang tak baca Al-Quran dalam sehari namun kini azamku untuk baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 helai sehari.

Kalau dulu aku tidur selepas subuh namun kini aku pasang tekad untuk tidak sebegitu lagi kerana waktu itu sangat bernilai bagi orang yang manfaatkannya.

Selain itu, aku nak jadikan diriku seseorang yang penuh dengan ilmu agama tak kira bab apa. Aku cemburu melihat sahabat seangkatan yang begitu ber’intelektual’ dalam berbicara bab ilmu.

Akhir kata dalam bab agama ni, aku nak jadi Hamba-Nya yang soleh agar dapat menuju ke Syurga-Nya. Ameen

  • Baik dalam pelajaran

Bila berbicara bab pelajaran, aku lemah sikit. Maklum mengetahui aku bukanlah pandai sangat. Hanya mahasiswa jurusan Biotechnology di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan.

Kalau dulu aku dapat tawaran Farmasi tapi kini bukan lagi. Farmasi bukan rezeki ku. Aku pasrah dengan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan Tuhan dan aku bersyukur kini kerana aku dapat lebih daripada yang aku idamkan tanpa sebarang rancangan.

Benar, apa yang kita rasa baik untuk kita, mungkin tidak baik sebenarnya, dan apa yang kita rasa tidak baik untuk kita, mungkin itulah yang terbaik sebenarnya.

Aku dapat merasai hikmah disebalik semua yang terjadi dulu. Aku selesa di mana aku berada kini. Alhamdulillah.

Kalau dulu aku malas nak stady sepanjang masa melainkan waktu exam sahaja namun kini aku berazam untuk rajin sepanjang masa.

Kalau dulu aku selalu ambil mudah setiap perkara namun kini akan ku ambil berat setiap perkara walau sekecil mana sekalipun ia.

Kalau dulu aku tidak pandai namun kini siapa yang berani persoalkannya. Inilah azamku dalam bab pelajaran. Aku tidak mohon untuk dapat kebanggaan 4.0, cukuplah ilmu dan keredhaan ilmu dari pengajar itu aku dapat.

  • Baik dalam kehidupan seharian

Aku bukan seperti dulu lagi. Ketika aku di UIA PJ, aku akui aku tidak kuat di sana. Namun tika melangkah di UIA Kuantan, aku dapat rasa kelainan dalam diri ini. Aku mampu jadi lebih baik berbanding dulu.

Allah dah aturkan aku berada di kalangan orang-orang yang hebat. Sahabat tahfiz dan bermacam ragam disekeliling aku. Alhamdulillah ya ALLAH.

Aku ada keluarga yang memahami aku. Aku ada teman bilik yang mampu menegur aku jika tindakan aku tidak betul. Aku ada teman sekuliah yang mempu membantu aku jika tidak mampu. Aku ada teman seuniversiti jika aku tidak tegar. Aku ada segala-galanya…

  • Baik dalam akhlak mungkin

Akhlak perkara yang penting bagi aku. Kebiasaannya orang memandang seseorang melalui tingkah laku. Aku akui kadang-kadang akhlakku tidak seberapa. Aku mohon ditegur. Kini aku nak perbaiki akhlakku, ini azam ku.

  • Baik dalam kewangan

Kewangan penting..!! Aku berazam tahun ni untuk berusaha untuk menambah lagi kewangan aku. Penting untuk aku gunakan suatu hari nanti. Aku kan dah besar, tak lama lagi nak mendirikan rumah tangga (hehehe).

InsyaAllah aku perbaiki lagi sumber kewangan aku demi meringankan beban keluarga. Sebelum ini ummi dan abah banyak bantu aku. Terima kasih ummi abah <3.

Aku berazam untuk menjadi baik dalam semua aspek kehidupan. Baik dari segi perasaan cinta, hihik. Mohon ada yang solehah memilih aku…. Smile

Hurm…. Sekian dulu lah coretan pertama untuk tahun baru ni. Sekarang musim final exam, ter’busy’ lah sikit yer. InsyaAllah nanti aku sambung lagi. Terima kasih.

Assalamualaikum wbr…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...