Saturday, 31 January 2015

Mekong Delta Tour, Kembara di Ho Chi Minh City #bpHCM

Assalamualaikum wbr..

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada entry kali ini. Setelah aku mengisahkan perjalanan kami berempat di bumi Ho Chi Minh untuk hari pertama, kedua dan ketiga, maka kali ini aku akan garapkan pengembaraan kami kali ini ke Mekong Delta.

23 Januari 2015 - Mekong Delta Tour

Mekong Delta Tour ini kami ambil pakej dengan Tuan Travel seperti sebelum ini iaitu pakej ke Cu Chi Tunnel. Harga untuk one day tour ke Myo Tho Ben Tre Mekong Delta ini berharga 7USD atau bersamaan RM24 (145000vdn). Perjalanan kami bermula jam 8.00 pagi waktu Vietnam. Kami diminta berkumpul di depan hotel sementara menunggu bas datang.




Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang dua jam untuk ke sana. Sepanjang perjalanan kami dihiburkan oleh An iaitu pemandu pelancong yang sangat lawak. Bagi aku An lebih baik dan fasih bercakap bahasa inggeris berbanding Meng ketika membawa kami ke Cu Chi Tunnel. An banyak berbicara tentang sejarah perang dan budaya rakyat Vietnam kepada kami.


Kami tiba di jeti Sungai Mekong pada jam 10.30 pagi. Lantas kumpulan kami yang diketuai An dibawa menaiki bot penambang menuju ke salah satu pulau. Sepanjang One Day Tour ini kami akan dibawa ke empat buah pulau yang dikenali sebagai Phoenix, Dragon, Turtoise dan Unicorn Islands. Sungai Mekong sangat luas ibarat lautan yang dipenuhi dengan kapal-kapal dan tongkang besar.




Pulau pertama yang disinggahi kami ialah pulau Unicorn yang banyak dipenuhi pokok kelapa. Di sini kami diberi pendedahan bagaimana coconut candy dihasilkan. Sangat seronok berada di sini kerana kami dapat mencuba dan merasai sendiri keenakkan coconut candy. Di sini juga terdapat pembuatan rice paper atau kertas nasi yang sangat unik. Jika anda bernasib baik, mereka juga ada mempamerkan beberapa ekor ular sawa burma untuk disentuh dan dipegang. haha


Selepas melawat perusahaan coconut candy, kami dibawa oleh An untuk makan tengah hari di restoran berdekatan. Namun, kami tidak makan nasi berlaukkan 'pork' atau daging babi kerana Haram untuk kami. Maka kami meminta air buah kelapa untuk kami mengisi perut. Anda boleh ambil pakej muslim tour namun harga pakej mungkin berbeza.

Setelah pulau Unicorn, kami kembali menaiki bot ke Pulau Phoenix untuk menyaksikan penghasilan madu Vietnam. Kami disambut oleh gadis-gadis Vietnam yang cantik. hehe Aku perasan ada seorang gadis ni asyik memandang aku di saat aku tiba di situ. Sehingga dia datang ke meja kami lalu menyajikan madu dicampur dengan air limau suam ditambah dengan pollen. Sangat sedap rasanya. Tapi anda jangan terkejut jika gadis-gadis tersebut mampu bercakap dalam bahasa melayu.


Selepas itu, kami dibawa menaiki pula sampan kecil menyelusuri laluan air yang dikelilingi pepohon nipah. Satu buah sampan boleh dinaiki empat orang ditambah dengan dua orang pendayung. Sampan kami didayung oleh seorang mak cik ni. Beliau terus bercakap dalam bahasa Vietnam di saat aku menyapa mereka 'Xin Chiou'. Aku hanya tahu perkataan apa khabar dalam bahasa Vietnam itu sahaja. haha

Bagi aku, sepanjang tour ini, pengalaman menaiki sampan kecil menyelusuri denai air ini sangat menakjubkan. Sebuah pengalaman yang tak mampu dilupakan. Lebih kurang 15 minit mendayung, kami sampai di sabuah jeti kayu. Jangan lupa untuk memberikan mak cik si pendayung sampan tersebut sedikit tips. Kami bagi 10000vdn sahaja.

Setelah itu, kami berjalan dalam kumpulan melalui kebun buah-buahan dan singgah menjamu beberapa jenis buahan seperti nangka, buah naga, ciku, nenas.dan termbikai. Ketika menjamu buahan, kami dihiburkan oleh beberapa orang penduduk tempatan menyanyikan beberapa buah lagu Vietnam. Namun jangan terkejut pabila mereka turut menyanyi lagu 'Jika anda gembira tepuk tangan' dalam bahasa MELAYU.


Pengembaraan kami berakhir setelah kembali pulang ke jeti dan menaiki bas selama dua jam pulang ke bandar Ho Chi Minh. Tour yang sangat santai dan best jika anda mempunyai masa terluang.

Sekian,

Terima Kasih

Kucer

Kembara di Ho Chi Minh, Hari Ketiga #bpHCM

Assalamualaikum wbr...

InsyaAllah pada entry kali ini, aku akan coretkan kisah pengembaraan kami di bumi Ho Chi Minh untuk hari yang ketiga keberadaan kami di sana. Beberapa entry lain sudah aku tulis iaitu mengenai persiapan awal, itinerary, kisah hari pertama dan kisah cu chi tunnel. Boleh baca dahulu sebelum meneruskan pembacaan entry ini.

22 Januari 2015 - Ho Chi Minh City Tour

Memandangkan kami bersepakat untuk tidak meneruskan niatku untuk ke Mui Ne kerna ada rakan ku tidak punyai lebihan wang. Maka aku mengubah plan asal untuk pergi ke kawasan sekitar Ho Chi Minh atau lebih popular dikenali Saigon Tour. Kami menginap di kawasan hotel Pham Ngu Lao Street, District 1. Oleh itu, kawasan yang hendak dituju tidak lah begitu jauh untuk berjalan kaki.

Hari ini kami akan melawat beberapa buah tempat yang sudah kami buat kajian sebelum datang iaitu War Remnants Museum, Reunification Palace, Saigon Notre-Dame Basilica, Saigon Central Post Office, Municipal Theatre (Opera House), Bitexco Tower dan banyak lagi.

War Remnants Museum




  
Muzium Perang ini terletak tidak jauh dari Independence Palace iaitu di District 3.
Muzium ini dibuka pada 4 September 1975 iaitu selepas perang dengan Amerika. Tiket masuk hanyalah 15000vdn atau lebih kurang RM2.50. Koordinat gps untuk muzium ini ialah 10.779475°N 106.692132°E


The museum comprises a series of themed rooms in several buildings, with period military equipment placed within a walled yard. The military equipment includes a UH-1 "Huey" helicopter, an F-5A fighter, a BLU-82 "Daisy Cutter" bomb, M48 Patton tank, an A-1 Skyraider attack bomber, and an A-37 Dragonfly attack bomber. There are a number of pieces of unexploded ordnance stored in the corner of the yard, with their charges and/or fuses removed.
 

One building reproduces the "tiger cages" in which the South Vietnamese government kept political prisoners. Other exhibits include graphic photography, accompanied by a short text in English, Vietnamese and Japanese, covering the effects of Agent Orange and other chemical defoliant sprays, the use of napalm and phosphorus bombs, and war atrocities such as the My Lai massacre. The photographic display includes work by Vietnam War photojournalist Bunyo Ishikawa that he donated to the museum in 1998. Curiosities include a guillotine used by the French and South Vietnamese to execute prisoners, the last time being in 1960, and three jars of preserved human fetuses allegedly deformed by exposure to dioxins and dioxin-like compounds, contained in the defoliant Agent Orange. (Source: Wikipedia)
 

Keberadaan di muzium ini adalah wajib bagi setiap orang yang datang ke Ho Chi Minh untuk belajar dan  mengambil ibrah atas peperangan yang telah berlaku. Setiap tingkat memaparkan pelbagai kisah duka saat peperangan sehingga mampu menitiskan air mata kesengsaraan.

Independence Palace

Independence Palace atau juga dikenali sebagai Reunification Palace merupakan bekas kediaman Presiden Vietnam ketika Perang dahulu. Kawasan yang sangat luas dan cantik untuk dilawati. Terdapat juga beberapa buah kereta kebal, helikopter diletakkan sekitar kawasan istana ini. Tiket masuk berbeza mengikut pakej, ada lebih kurang 30000vdn. Kami hanya mengambil gambar dari luar istana sahaja.

Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral 


Gereja ini dibina diantara tahun 1863 dan 1880 yang menampil ciri-ciri unik senibina Perancis. Bahan binaan diimport khas dari Perancis dan batu bata dibuat khas di Marseille. Kami tidak masuk ke dalam gereja tersebut, hanya melaluinya sahaja untuk ke Saigon Post Office.

Saigon Central Post Office



Pejabat pos ini telah dibina pada tahun 1886-1891 dan masih dibuka sehingga sekarang. Salah satu tempat wajib dilawati sekiranya datang ke Ho Chi Minh. Tiada tiket masuk dikenakan namun anda boleh membeli beberapa cenderamata yang banyak dijual di sini. Di kiri dan kanan dinding Saigon Central Post Office ini terdapat lukisan peta asal yang dilukis sejak awal pembinaan dulu.

Di dinding kiri merupakan peta 'Southern Vietnam and Cambodia' yang diberi tajuk ‘Lignes telegraphiques du Sud Vietnam et Cambodge 1892′. Jika diterjemah meujuk kepada jaluran telegraf Selatan Vietnam dan Kemboja 1892. Di dinding kanan pula memaparkan peta 'Greater Saigon' yang bertajuk ‘Saigon et ses environs 1892′, jika diterjemah merujuk kepada Saigon dan persekitarannya 1892.


Municipal Theatre (Saigon Opera House)


Saigon Opera House ini telah dibina pada tahun 1897 oleh arkitek Perancis, Eugène Ferret sebagai Opėra de Saigon. Ciri-ciri senibina ini lebih kurang sama dengan Opéra Garnier di Paris. Kami tidak masuk ke dalam tapi jika berkesempatan anda boleh tonton persembahan opera di sini. Orang kata menarik juga. Tiket masuk aku tidak pasti pula.

Masjid Musulman Saigon



Jika anda seorang yang beragama Islam maka masjid merupakan satu tempat persinggahan yang sesuai. Masjid Musulman ini merupakan salah sebuah masjid yang terdapat di Ho Chi Minh. Masjid ini telah dibina pada tahun 1935 dan terletak tersorok sikit daripada pandangan iaitu dibelakang Sheraton Hotel. Agak susah sedikit untuk mencarinya tapi berbaloi jika anda berjaya sampai di sini kerana keunikan senibina yang terdapat di dalam masjid ini. Kami sempat solat zohor di sini. Selain itu, terdapat juga peniaga aiskrim muslim di luar perkarangan masjid.


Selain tempat-tempat yang aku sebutkan di atas, terdapat juga beberapa lagi tempat yang harus dilawati sepeti Ho Chi Minh Museum, Art Musuem, dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai masa terluang, jangan buang masa untuk tidak ke tempat sebegini agar dapat pelajari sesuatu daripada negara luar.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. InsyaAllah aku akan ceritakan lagi kisah pengembaraan kami pada hari keempat, Mekong Delta Tour.

Terima Kasih

Kucher

Kembara Ke Ho Chi Minh City, Cu Chi Tunnel #bpHCM

Assalamualaikum wbr..

Bertemu lagi kita pada kali ini. Kali ini aku sambung kisah pengembaraan kami di Ho Chi Minh City untuk hari kedua pula. Entry sebelum ini aku dah bicarakan tentang persiapan sebelum kembara, itinerary Ho Chi Minnh City dan kisah hari pertama di bumi Vietnam.

Hari Kedua - 21 Januari 2015

Pada hari ini kami akan pergi ke salah satu tempat perlancongan terkenal di Vietnam iaitu Cu Chi Tunnel. Terowong Cu Chi ini merupakan terowong yang dibuat oleh tentera Vietnam (VietCom) semasa berperang dengan Amerika suatu ketika dahulu. Sungguh menakjubkan pabila melihat kecanggihan dan kebijaksanaan mereka sehingga mampu membina sebuah sistem terowong yang sebegini rupa.

Kami berkumpul di depan travel agent kami iaitu Tuan Travel yang ditempah semalam. Bas akan datang mengambil penumpang jam 8 pagi. Kami berempat sahaja lelaki melayu, manakala yang lain adalah orang putih. Pemandu pelancong kami pada pagi itu ialah Meng. Walaupun beliau mampu bercakap bahasa inggeris namun sebutannya agak terabur sehingga penumpang dari Lithuania tidak memahami lawak yang cuba disampaikan. huhu (patutlah murah pakej kami)




Perjalanan dari pusat bandar ke Cu Chi Tunnel mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami ada juga singgah sebentar di Handicapped Handcraft untuk membuang air dan juga melihat beberapa hasil kraftangan yang dibuat oleh rakyat Vietnam yang kurang bernasib baik (OKU). Hasil kraf mereka sangat cantik dan berkualiti sehingga harga satu produk mampu mencecah ribuan ringgit.


Setibanya di Cu Chi Tunnel, kami dibawa ke satu tempat untuk menonton tayangan dokumentari yang pernah disiarkan sewaktu perang Vietnam-Amerika dahulu. Tempoj tayangan kalau tak silap lebih kurang 40 minit. Selepas tayangan itu, kami dibawa pula melihat lubang rahsia untuk masuk ke terowong bawah tanah. Lubang ini dilitupi daun-daun kering dan hanya bersaiz tubuh keding ku ini. Mujur aku boleh masuk, haha. Wajib cuba jika anda bakal ke sini.



Kemudian Meng membawa kami ke lubang udara rahsia yang terbina di dalam busut. Sekilas memandang pasti tidak percaya yang busut itu merupakan lubang udara rahsia terowong cu chi. Setelah itu, kami melihat pelbagai jenis perangkap yang dibuat oleh tentera Vietnam suatu ketika dahulu. Setiap jenis perangkap mempunyai fungsi yang berbeza. Aduuuh, sekali terkena sakit bukan kepalang.



Setelah meninjau perangkap, kelihatan sebuah bangkai kereta kebal Amerika tersadai di situ. Kereta kebal tersebut dilaporkan terkena periuk api pihak tentera Vietnam. Di sini kami gian mengambil gambar sebagai kenangan. Terdapat juga beberapa buah patung yang memakai pakaian asal ketika itu untuk menggambarkan suasana saat peperangan itu.



Tak lama kemudian, kami berjalan lagi ke satu tempat yang dinamakan pusat menambak. Di sini, pengunjung boleh cuba untuk merasai saat peperangan dengan membeli beberapa butir peluru hidup dan menembak menggunakan beberapa laras senjata yang sebenar. Kami tidak memcubanya kerana harga peluru agak mahal. Terdapat juga cenderamata dan makanan yang dijual di sini seperti jagung bakar.



Lebih kurang 15 minit berehat, kami dibawa ke pintu masuk terowong untuk merasai sendiri merangkak di dalam terowong bawah tanah tersebut. Suasana yang agak gelap dan sempit. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana mereka mampu utnuk hidup dalam terowong waktu itu. Hebat...!!

Pengembaraan kami di Cu Chi Tunnel ini berakhir dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak pengelola dengan menghidangkan kami dengan ubi kayu rebus dan air teh pandan. Kami dan mat salleh lain turut merasai kenikmatan makanan tradisional ini. Mereka menyajikan makanan ini adalah untuk menggambarkan suasana perang ketika itu. Mereka hanya bergantung kepada ubi kayu untuk kelangsungan hidup.

Sesi melawat terowong Cu Chi berakhir jam 1 petang dan kami berangkat pulang ke hotel. Kami sampai di sana jam menunjukkan pukul tiga petang. Selepas berehat di bili, kami keluar kembali ke kawasan Ben Thanh Market. Malam itu kami singgah di restoran Al-Amin untuk makan makan.


Restoran Amin terletak di kawasan orang Malaysia iaitu berhampiran dengan Restoran Hajah Basiroh dan Restoran 1Malaysia. Harga makanan di sini agak mahal iaitu nasi goreng seafood aku ambil berharga 50000vdn @ RM8. Tetapi jika nak dibanding dengan restoran halal lain, aku rasa restoran Amin ini boleh dikatakan antara yang murah.

Sekian sahaja kisah kami mengembara di bumi Ho Chi Minh pada hari kedua. InsyaAllah aku akan sambung lagi kisah ini di lain waktu.

Terima Kasih

Kucher
 

Thursday, 29 January 2015

Kembara di Ho Chi Minh City, Hari Pertama #bpHCM

Assalamualaikum wbr..

Syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita bersua pada kali ini. Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah swt. Setelah dua entry aku coretkan tentang kembara ke Ho Chi Minh City iaitu berkaitan dengan persiapan awal dan itinerary Ho Chi Minh, kali ini aku akan bicarakan perjalanan kami berempat di bumi Ho Chi Minh, Vietnam.

Hari pertama, 20 Januari 2015

Waktu boarding flight Air Asia (AK0522) dijangka pada pukul 2.00pm, kami mengambil bas Jet Bus dari Terminal Bersepadu Selatan yang berharga RM10. Perjalanan menaiki bas memakan masa lebih kurang satu jam. Namun jika masa tak mencukupi anda boleh mengambil ERL Transit ke KLIA2 dengan harga RM26.50, hanya memakan masa 32 minit.

Selepas tiba di KLIA2, kami terus menuju ke International Departure Gates, L15 sambil melalui custom, imigresen dan security screening. Sila rancang perjalanan anda sebaik mungkin agar mempunyai cukup masa di sini.

Perasaan pertama kali ke luar negara. haha
 
Gembira tak terkata,
Waktu di Vietnam lambat satu jam berbanding Malaysia kerana GMT7+, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 min. Justeru kami sampai di Tan Son Nhat International Airport tepat jam 4 petang waktu di Ho Chi Minh. Selepas menuju ke security screening, kami berjalan keluar daripada airport untuk mengambil bas ke hotel penginapan.

Kami keluar airport, sebelah kanan sudah menunggu kami bas yang dicari iaitu bas bernombor 152 yang menuju ke Ben Thanh Market. Harga tiket hanyalah RM1 @ 5000vdn seorang.



Motor jatuh sendiri, Ben Thanh Market

Selepas tiba di stesen bas, kami berjalan menuju ke hotel penginapan kami iaitu Thuan Duc Hotel, 219 Pham Ngu Lao Street. Berpandukan peta yang dah aku print, misi mencari dimulakan. Alhamdulillah, tak lama selepas tu kami temui hotel yang tersorok di celah lorong-lorong tikus. haha

Hotel Thuan Duc akan aku bicara lebih lanjut dalam entry seterusnya. Malam itu selepas menunaikan solat, kami keluar berjalan ke pasar malam Ben Thanh yang dibuka bermula jam 8pm sehingga 11pm setiap hari. Kebanyakkan peniaga di pasar malam ini merupakan peniaga di pasar Ben Thanh itu sendiri yang hanya dibuka pada waktu siang.

Berdasarkan cerita orang sebelum ini, harga di pasar malam sesetengah barang lebih murah berbanding di dalam pasar Ben Thanh. Itu kami turut akui bagi beberapa barang. Malam ini kami hanya meronda sahaja bukan niat nak membeli pun. Tapi nasib aku tak baik sebab kena tarik dan gaduh dengan kakak peniaga ni.

Aku tanya harga beg sandang kulit, dia tawar 830000vdn @ RM110. Aku kata mahal, dia tawar lagi sampai aku keliru sebabkan pertama kali melihat jumlah matawang banyak macam ni. Mungkin silap aku kerana menunjukkan aku minat untuk membeli sehinggakan hampir 20 min aku bertikam lidah.

"Make me lucky, lucky..."

Peniaga di sini memegang prinsip pelanggan pertama membawa tuah. Jika berjaya pelanggan pertama maka perniangaan mereka akan berjaya pada hari itu. Akhir sekali aku minta harga bawah RM50 tapi dia tak bagi. Aku terus blah sambil kakak tu pukul bahu aku.. HAHAHA

Itulah pengalaman pertama aku ditarik, selepas itu aku berhati-hati. Pada malam tu kami cuba juga Kopi Halal Trung Nguyen Vietnam yang femes. Harga segelas hanya 20000vdn @RM3. Di pasar malam ini banyak penjual berbasikal yang menjual kopi halal ini.

Selepas pulang dari pasar malam, kami survey beberapa travel agent yang menawarkan pakej Chu Chi Tunnel. Alhamdulillah, kami temui pakej yang ditawarkan oleh Tuan Travel dengan harga USD4 (75000vdn) tambah tiket masuk 90000vdn. Maka kami dapat 165000vdn @ RM28 sahaja. Antara paling murah yang kami temui.

Malam itu berakhir dengan perasaan puas hati dapat menjejakkan kaki di bumi Vietnam. Kami tidur awal sebabnya esok pagi jam 8.00am kami kena tunggu bas untuk ke Chu Chi Tunnel.

Sekian,

Terima Kasih.

Kucher

Wednesday, 28 January 2015

Itinerary Kembara ke Ho Chi Minh City, Vietnam #bpHCM

Assalamualaikum wbr...

Seperti yang aku janjikan pada entry lepas tentang pengembaraan kami ke Ho Chi Minh City, kali ini aku kan kongsikan itinerary ataupun dalam bahasa dipanggil tentatif. Jika anda seorang backpacker sejati, itinerary ini hanyalah sebagai 'guidelines' atau alat bantu untuk mengorak perjalanan anda sendiri. Itinerary ini boleh dibuat sendiri dengan pelbagai cara.

Beberapa langkah yang aku ambil sebelum melakukan itinerary ini ialah dengan bacaan umum di internet seperti blog, website, tripadvisor, google maps dan sebagainya. Bagaimana kita nak memaksimakan perjalanan kita di sana? Anda harus bijak mengatur perjalanan agar tidak membuang masa berulang kali.




Itinerary Kembara ke Ho Chi Minh City, Vietnam

Tarikh: 20 Jan – 25 Jan 2015 (6D5N)

Tarikh
Masa
Aktiviti
Tambang
Lain-lain
20 Jan 2015
12.00 pm

2.45pm


3.40pm


4.30pm


6.00pm





11.00pm
-Kumpul di KLIA2, boarding jam 1pm

-Berlepas ke Ho Chi Minh City (2j30m)

-Sampai di Tân Sơn Nhất International Airport (GMT 7+)

-Ambil bas nom 152 ke Thuan Duc Hotel, 219 Phạm Ngũ Lão,

-Selepas maghrib keluar cari pakej Chu Chi Tunnel (pakej 75000 + entrance fee 90000)
 -Berjalan ke pasar malam Ben Thanh

-Tidur










Vdn5000/
Rm1


Vdn165000







Cari pakej ke Chu Chi Tunnel

Tuan Travel Tour
21 Jan 2015
6.30am

8.00am



4.00pm

8.00pm




11.00pm
-Sarapan

-Chu Chi Tunnel trip (half day)
Singgah di Handicapped Handcraft

-Lepak kat taman, bersiar2

-Pasar malam kat Ben Thanh Market
-Patut cuba Kopi Halal Vietnam (Trung Nguyen)

-Tidur



Vdn165000







Vdn20000

Ambil depan hotel.

Cari restoran halal…


22 Jan 2015
6.30am

9.00am






















8.00pm

11.00pm
-Sarapan

-Saigon Post Office
-Independence Palace
-War Remnants Museum
-Ho Chi Minh City Museum (Tak Pergi)
-Historical Museum (Tak Pergi)
-Ho Chi Minh City Hall (Renovated)
-Saigon Notre-Dame Basilica
-Masjid Musulman (Sebelah Sheraton Hotel)
-Saigon Opera House (Ambil Gambar)
-Citadel of Saigon
-Hard Rock Café
-Golden Dragon Water Puppet Theater
-Saigon zoo and botanical
-Vĩnh Nghiêm Pagoda (jauh gok)
-Ấn Quang Pagoda (jauh gok)
-Bin Thay Market (if nak gi) sejam naik bas

-Pasar malam Ben Thanh

-Tidur


Foc
Vdn30000
Vdn15000





Foc



Jalan kaki lagi jimat walaupun penat

Tak semua kami pergi. Cuma lalu kwsn berbeza, bitexco tower, Saigon river.


Cari pakej Mekong Myo Tho River
23 Jan 2015
6.30am

8.00am






11.00pm

-Sarapan

-Mekong Myo Tho Ben Tre River
-One Day tour ke Phoenix, Turtle, Unicorn, Dragon island.
-Lunch ada tapi tak halal (pork) so kami mintak air kelapa.
-Trip santai, best…

-Tidur


$7usd/ RM24/ Vdn145000






Tuan Travel Tour
24 Jan 2015
6.30am

10.00am





3.00pm

11.00pm
-sarapan

-Shopping Ben Thanh, Beli kain orang pesan, telekung dan sebagainya.
-Kena pandai tawar dapat harga murah.

-Aktiviti bebas

-Tidur


Nak beli baru tawar kalau tak beli di marah2.

RM, USD, VDN semua terima

25 Jan 2015
6.00am


9.15am

12.30pm
-Bergerak ke Tân Sơn Nhất International Airport (boarding)

-Berlepas ke Tanah Air

-Sampai KLIA2


Vdn135000


20Min (xjem)

#Malaysia Consulate in Ho Chi Minh City
Address: 02 Ngo Duc Ke, District 1,
Number 08 3829 9023 or 08 8293132

 #Masjid
·         Masjid Musulman (Saigon Central Mosque),
66 Đông Du, Bến Nghé, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
·         Al Rahman mosque:
45 Nam Ky Khoi Nghia, Dist 1, Ho Chi Minh City, Vietnam.

#Halal Restaurants
·         Halal Saigon, 31 Đông Du Str., District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
·         Hajah Basiroh, Kedai Amin, Nabil Beriani House, etc

Jadual waktu solat Ho Chi Minh City Januari 2015



Okeh, ini adalah itinerary kami yang aku siapkan sebelum berlepas. Expect the unexpected. Kalau bagi aku, enam hari di Vietnam, aku nak pergi ke Mui Ne tapi tak dapat sebab rakan2 lain tak cukup duit. Jadi terpaksa lah ubah plan. Tambahan, korang boleh lagi ubah suai kalau nak pergi ke Mui Ne, Danang, Da Lat dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut tentang Hotel, Tuan Travel, Pakej lain boleh baca entry seterusnya.. stay tune!!

Sekian,
Terima Kasih..

Kucher

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...