Alhamdulillah,
Batch ACE 121 baru habis buat majlis iftar tadi di Wackos, KoS. Iftar di bawah kendalian IAB, Islamic Affair Bureau diketuai oleh Syukri dan Adibah. Alhamdulillah, berjalan lancar.
Perjalanan majlis dimulai dengan berbuka puasa dengan kurma, air masak sejurus azan maghrib berkumandang. Kemudian solat maghrib berjemaah di wackos.
Selepas itu barulah makan berat iaitu nasi beriani dan air saksi. Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan ini. >.<
Persembahan qasidah oleh kumpulan madiheen pula ditujukan buat kami semua di ALT2. AKu pun sebahagian daripada kumpulan qasidah uiam kuantan ini. Kami bawa 3 qasidah iaitu ‘Ya Habib, Ya Badrotim dan Ya Hanana’.
Kemudian, ada tazkirah yakni pengisian sedikit daripada Akh Azri yang membicarakan 6 petua Imam Syafie untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah, banyak pengajaran yang aku dapat daripada pengisian ini. (nota pengisian akan aku berikan kemudian)
Selepas itu, kami kembali semua la wackos untuk solat Isyak berjemaah dan solat sunat ghaib (opah Jabbar wafat). Khai mula mengambil tempat selepas itu. Namun dia mengusik aku pabila mengatakan majlis yang diadakan pada malam ini adaah untuk meraikan aku dan Yazeed.
Tibe-tibe plak untuk aku… aku pandang wajah khai dengan lirikan tajam, haha
Yazeed nak pindah..!!
Seriusly aku agak terkejut mendengar berita ini. Dia mula berdiri dan berucap kat depan sambil terketar2. Aku tahu Yazeed banyak menyimpan rahsia. Aku pun dangat rapat dengan dia. Naik motor sekali, pergi bandar sekali, pergi makan sekali dan banyak lagi.
Agak sedih aku masa itu…. Tak percaya dia nak pindah!!
Selepas tu, sesi bergambar. Meriah majlis malam ni. Bersurai…
Terima kasih semua membuatkan hari yang malang buat aku menjadi satu malam yang indah bersama kalian.
sekian,
khusairi,
At-Tabari
No comments:
Post a Comment