Friday, 17 May 2013

Iftar Batch ACE 121 Terakhir…

Alhamdulillah,

Batch ACE 121 baru habis buat majlis iftar tadi di Wackos, KoS. Iftar di bawah kendalian IAB, Islamic Affair Bureau diketuai oleh Syukri dan Adibah. Alhamdulillah, berjalan lancar.

Perjalanan majlis dimulai dengan berbuka puasa dengan kurma, air masak sejurus azan maghrib berkumandang. Kemudian solat maghrib berjemaah di wackos.

Selepas itu barulah makan berat iaitu nasi beriani dan air saksi. Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan ini. >.<

Persembahan qasidah oleh kumpulan madiheen pula ditujukan buat kami semua di ALT2. AKu pun sebahagian daripada kumpulan qasidah uiam kuantan ini. Kami bawa 3 qasidah iaitu ‘Ya Habib, Ya Badrotim dan Ya Hanana’.

Thursday, 16 May 2013

Cinta ALLAH, Maha Pemilik Cinta..

Status ini ditujukan kepada mereka yang mengaku cintakan Allah.
cinta allah
Bila seorang lelaki menyatakan cintanya kepada seorang perempuan, biasanya tidaklah sewenang-wenangnya perempuan itu akan terus percaya. Lelaki itu perlu melalui beberapa siri ujian daripada perempuan itu terlebih dahulu. Dia perlu berjumpa dengan ibubapa perempuan itu, perlu mematuhi syarat-syarat daripada perempuan itu, perlu taat kepada 'Pemilik Hati' perempuan itu dan sebagainya lagi. Setelah dia lulus semua ujian yang diberi, barulah lelaki itu akan berhasil mendapat cinta dan kepercayaannya (dengan menikah).

Begitulah juga apabila seorang hamba menyatakan rasa cintanya kepada Allah. Sebelum layak untuk mendapat balasan cintaNya, hamba itu perlulah melalui bermacam-macam jenis ujian terlebih dahulu. Dan hanya hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh sahajalah yang akhirnya akan diiktiraf sebagai kekasihNya.

#IngatSenangNakJadiKekasihAllah? ^_^v

Selamat Hari Guru….!!

“Selamat Hari Guru”

Guru, engkau ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi alam semesta. Jika tiada guru maka tiadalah manusia yang bijak pandai.

Begitulah kata-kata dan ucapan yang seringkali kita dengar tatkala tibanya 16 Mei setiap tahun. Hari guru memang disambut meriah setiap tahun di mana jua adanya insan bergelar guru dan anak murid.

Hari ni juga, bukan sahaja guru-guru di Malaysia yang diraikan, bahkan ummi dan abah ku juga merupakan seorang guru yang dah lama berkhidmat di dalam profesion perguruan.

“Selamat Hari Guru buat Ummi dan Abah juga…”

Wednesday, 15 May 2013

Penatnya Belajar, Dicerca Kejahilan…

Assalamualaikum wbr…

Fuh dah lama jari tak menari-nari atas keyboard, terasa kaget untuk meneruskan rentak tariannya. Sebenarnya ramai yang tanya aku, kenapa tak update blog tu?

Aku hanya mampu tersenyum sahaja sambil fikiran ku berfikir mencari seribu satu alasan. Bak kata Prof Rahman Shaari dalam buku beliau, ‘Tingkah Politik’, salah satu ciri pemimpin ialah pemimpin ‘halsca’ yakni seseorang yang selalu mencari alasan dan kaedah untuk memenangkan dirinya.

Hurm, boleh gunapakai juga istilah tu dalam situasi ini kan. hahaks (gelak besar)

Sebenarnya, aku banyak kisah suka dan duka nak coretkan di sini. Tiada lagi tempat aku mengadu selain Allah swt kerna waktu terus berlalu, hari semalam terus menjadi sejarah. Siapa yang tak ingat sejarah maka dia mungkin mengulanginya pada masa depan.

Untuk makluman semua, aku kini berada diambang ‘war zone’. Perperangan sudah hampir bermula tak lama lagi. Lebih kurang dalam 10 hari sahaja lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...