Assalamualaikum wbr,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah Kurnia-Nya dapat lagi kita menghirup udara segar dan masih bernafas atas nikmat Iman dan Islam.
Pertama-tamanya aku sangat bersyukur kerana situasi yang sangat sibuk selama dua minggu telah lepas. Alhamdulillah….
Seperti yang aku dah maklumkan pada entry lepas, selepas cuti pertengah semester aku punyai banyak program dan peperiksaan pertengahan yang masih berbaki.
Antara program yang perlu dikendalikan ialah:
1- Special Talaqqi IIUM Kuantan Berselawat 3.0 8 April 2013
2- Camping KLKM di Air Terjun Pelangi 12-14 April 2013
3- Street Dakwah CAMPRO 4.0 20 April 2013
Selain itu, aku punyai peperiksaan yang masih berbaki, iaitu:
1- Principles of Biochemistry 8 April 2013
2- Islam, Knowledge and Civilization 10 April 2013
3- Calculus for Biotech 12 April 2013
4- Biostatistic 15 April 2013
Selain itu, terdapat juga kuiz dan assignment yang menanti aku. Huhu Walaupun sangat penat dan letih mengendalikan semua ini, banyak pengalaman dan hikmah yang aku perolehi. Seriusly, aku bangga juga dengan kemampuan aku yang terpendam selama ini. hehe
Semua program yang akan kendalikan, insyaALLAH aku akan cerita pada entry yang seterusnya. Doakan aku diberi kekuatan untuk mencoretkan sedikit tatapan untuk korang semua.
Berbalik kepada peperiksaan yang aku lalui tatkala kesempitan waktu, aku agak tertekan kerana strategi ulangkaji aku kadang kurang memuaskan.
Biochem, UNGS dan Calculus aku agak puas hati namun Biostat yang agak mudah untuk mendapat ‘A’ aku sangat kecewa.
Maklumlah, sepatutnya exam biostat diadakan pada 8 April 2013 tapi ditunda. Padahal aku punya program camping hujung minggu. Mana sempat aku nak stady. Huhuks
Dengan penat lelahnya pada hari Ahad, aku melempiaskan penat aku untuk tidur awal pada malam tu.
Sejurus Subuh hari Isnin, aku mula stady 9 SLIDES NOTES biostat dengan gigihnya. Kelas Biochem jam 10 am aku pergi tapi baca biostat. haha Mujur Dr Tariq tak perasan.
Kelas Ungs petang tuh aku SKIP kerana ada banyak lagi slides notes yang aku tak ‘cover’. Last notes tentang Z-Test dan T-Test aku hanya sempat habiskan jam 7 pm. Aku HAFAL formulanya tapi tak pernah cuba gunakan. huhuks
MAKA, peperangan pada malam tu soalan struktur 5, 6, dan 7 keluar z-Test dan T-test. Jadi, aku hanya boleh menulis formula sahaja. Penggunaannya sumpah aku tak tahu nak guna. MasyaALLAH…
Dah lah setiap soalan 10 markah, habislah aku…!!
Saku sangat kecewa dengan strategi ulang kaji aku….. Terasa nak ‘drop’ subjek biostat ini. Bukan payah tapi kecewa tak dapat nak skor ‘A’ pada subjek yang senang ni disebabkan kesilapan diri sendiri.
Namun, RM500 perlu aku laburkan untuk drop satu subjek. WTF…!! Better aku gunakan duit tu untuk perkara lain kan. Takpe lah, aku perlu teruskan perjuangan ini.
Sejurus tamat semua exam, semangat aku kembali kendur. Entahlah, sudah penat berjuang untuk exam, sehingga masa untuk diri sendiri pun tak cukup. Sehingga kini, semangat tu masih hilang….
Tolonglah Ya Allah…!!
No comments:
Post a Comment