Wednesday, 24 April 2013

Fuuhhh, Penatnyeeeee

Assalamualaikum wbr,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah Kurnia-Nya dapat lagi kita menghirup udara segar dan masih bernafas atas nikmat Iman dan Islam.

Pertama-tamanya aku sangat bersyukur kerana situasi yang sangat sibuk selama dua minggu telah lepas. Alhamdulillah….

Seperti yang aku dah maklumkan pada entry lepas, selepas cuti pertengah semester aku punyai banyak program dan peperiksaan pertengahan yang masih berbaki.

Antara program yang perlu dikendalikan ialah:

1- Special Talaqqi IIUM Kuantan Berselawat 3.0 8 April 2013

2- Camping KLKM di Air Terjun Pelangi 12-14 April 2013

3- Street Dakwah CAMPRO 4.0 20 April 2013

Selain itu, aku punyai peperiksaan yang masih berbaki, iaitu:

Saturday, 6 April 2013

IIUM Kuantan Berselawat 3.0 6 April-13 April 2013

Assalamualaikum wbr…

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersama kali ini. Memang lama ana dah tak update blog picisan ini kan. Untuk makluman, blog lama iaitu tokesah.com dan kakiinfo.com dah ditutup. Tak renew dah domain mereka.

Biarlah ana tumpukan blog ini sahaja deh :-).

IIUM Kuantan Berselawat 3.0 2013

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan bersama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Uia Kuantan sedang menganjurkan program mahabbah “IIUM Kuantan Berselawat 3.0”

Program ini berlangsung pada 6 April 2013 sehingga 13 April 2013. Semua program berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah, Uia Kuantan. Antara program yang diadakan ialah:

daurah 1, habib najmuddin, iium kuantan berselawat 2013, uia kuantan berselawat 2013, habib ali, poster menarik

1- Daurah Ma’rifatul Mustafa (Daurah 1)- Habib Najmuddin Othman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...