Monday, 19 November 2012

InterBatch Games Sciencess 2012 UIA Kuantan

Assalamualaikum wbr...

Selamat malam semua yang sudi membaca blog picisan ini. Pertama sekali, aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada roomate kesayangan Syed Hisham. Dah menjangkau umur 20 tahun sudah... hehe

Alhamdulillah, dalam kesibukkan aku untuk menguruskan beberapa perkara, masih ada sedikit waktu untuk aku coretkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku pada minggu baru ni.

Berbalik kepada tajuk entry ni.

InterBatch Games Sciencess 2012


Interbatch Games telah berlangsung selama dua hari bermula semalam, 18 sehingga 19 November 2012. Setiap batch menghantar setiap games wakil-wakil mereka yang berkaliber. Aku mewakili batch ACE 121 dalam games Carrom Lelaki dan Badminton Perseorangan Lelaki. 

Banyak juga acara yang dipertandingkan antaranya Futsal, Bola Tampar, Ping Pong, Tennis, Acara Trek, Bola Jaring, Bola Keranjang. 

Walaupun kami paling junior dalam pertandingan ini, jangan pandang rendah tahap keupayaan kami. Hehe

#Carrom Lelaki 

Bagaimana aku boleh terjebak dengan carrom ni..?? Pada mulanya aku daftarkan nama untuk bermain futsal namun dek kerana kekurangan pemain untuk games ni, aku memohon untuk bermain dua games. Aku dah Yazeed didaftarkan sebagai pemain carrom lelaki untuk mewakili Batch 121.

Secara jujurnya memang aku dah lama tinggalkan permainan carrom ini. Seingat aku, last main masa aku berada di sekolah rendah yakni selepas exam UPSR. Dulu, kawan-kawan ada bawa papan carrom ke sekolah dan kami semua pakat lawan.

Oleh kerana dah lama tak main, bakat terpendam tu perlu lah kami asahkan. Alhamdulillah, mujurlah Adzam (team Batch 121 yg lain) bawakan papan carrom beliau yang jenis betina ke UIA. Dapatlah kami buat letihan intensif dua tiga kali sebelum perlawanan sebenar. 

Tiba hari pertandingan...

Kami bertanding pada hari Sabtu (18/11) dan diletakkan dalam kumpulan B. Kami perlu melalui Group Stage yakni tiga games perlu kami tempuhi sebelum layak ke Semi Final. 

Oleh kerana games pertama aku agak kekok, perlawanan pertama kami kalah dengan senior Batch 102. Satu lagi peraturan yang agak baru pada kami ialah TIME. Kami semua diperuntukkan 10 min sahaja untuk habiskan game. Jika buah tak sempat habis, bilangan buah paling banyak masuk dikira menang.

Games kedua kami susun balik strategi dengan kemas dan betul. Alhamdulillah, berkat bakat Yazeed kami mampu mengatasi kehandalan senior Batch 101 dengan agak tipis. Kemenangan yang membawa sedikit harapan kepada kami untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Games ketiga kami menentang Batch 112. Aku dah agak biasa dengan papan carrom dan kelicinan buah mampu aku agakkan. Kami menang mudah dengan mereka dan seterusnya menjadi naib juara kumpulan. 

Semi final kami dijadualkan menentang juara kumpulan A dari Batch 112 juga. Pertandingan dijangka berlangsung pada jam 5 pm. Selepas solat Asr, aku rasa lebih tenang dan yakin untuk menentang mereka. 
  
Nyaris menang......

Semi final, aku perform lebih baik daripada perlawanan group stage. Strategi yang kami rancang pada awalnya menjadi dengan meletakkan buah carrom kami betul2 di depan 3 lubang. Maksudnya, pihak lawan sukar untuk memasukkan buah mereka. Jika termasuk buah pihak lawan, kena denda satu buah sendiri. 

Pernah aku masukkan 3 buah carrom dengan sekali giliran. Kami hampir mencapai kemenangan pabila buah carrom kami hanya tinggal 3 sahaja sementara mereka ada 6 lagi. Masa pun hanya tinggal 4 minit sahaja lagi.

Namun, dek kerana satu buah ni yang Yazeed cuba masukkan terlalu degil untuk mengikut kata kami. Masa terbuang begitu sahaja dan kami hilang fokus. Mereka pula terus memasukkan buah mereka dengan senior 'Sharp Shooter' tu memasukkan 3 buah sekaligus. Masa tinggal seminit lagi, bilangan buah terikat 3 sama.

Di saat-saat terakhir, tuah lebih memihak mereka pabila buah mereka terus menjunam ke dalam lubang di hujung papan carrom. Pengadil mengatakan masa telah tamat. Dan hakikatnya mereka layak ke final dengan kelebihan satu buah carrom.

Hurmmm, penentuan tempat ketiga....

Kami bertemu kembali senior Batch 102 yang mengalahkan kami pada games pertama. Tekad aku untuk menang game ni walau apa jua rintangan dan kini masa tidak dikira. Kemenangan akan ditentukan dengan pasukan mana yang dapat masukkan buah merah secara 'keneng'. 

Aku seperti biasa agak tenang dan yakin. Maka kami mendahului mereka dengan hanya tinggal satu buah sahaja lagi berbanding mereka tinggal 4 lagi. Namun, strategi mereka juga tidak kurang hebatnya.

Tika aku dah hantar buah merah ke hujung lubang agar Yazeed keneng dengan senang, mereka kacau buah tu dengan buat hantaran yang kuat lalu buah merah tu terpelanting jauh dar lubang. Begitulah mereka bermain sehingga memakan masa hampir 30 min. 

Kami semua mencari jalan bagaimana untuk memasukkan buah merah secara keneng agar kemenangan dapat dikecapi. Memang agak payah dan aku dapat rasa kan kemenangan kami akan diragut sekali lagi. 

Tapi...

Alhamdulillah, buah last aku rasa seperti diberi ketenangan dan keyakinan oleh Allah swt untuk menyempurnakan dengan baik. Aku tarik nafas dan aim elok2 buah kami terakhir sebelum aku gunakan strategi yang jarang aku guna untuk keneng buah merah. Buah merah tersebut meluncur lancar terus ke lubang dan....

Kemenangan SAH menjadi milik kami..!! Ketiga pun kami tak kisah, asalkan dapat medal dan menyumbang dua mata kepada Batch Kami. Alhamdulillah...

#Badminton Perseorangan Lelaki

Hurmmmm, esok lah plak aku sambung kisah ni. Letih plak nak taip panjang2. Bahu aku terseliuh ni semakin kuat pula rasanya... 

Sekian, 

Khusairi
12.53am
Tabari, Kuantan  

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...