Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru….!!

“Selamat Hari Guru”

Guru, engkau ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi alam semesta. Jika tiada guru maka tiadalah manusia yang bijak pandai.

Begitulah kata-kata dan ucapan yang seringkali kita dengar tatkala tibanya 16 Mei setiap tahun. Hari guru memang disambut meriah setiap tahun di mana jua adanya insan bergelar guru dan anak murid.

Hari ni juga, bukan sahaja guru-guru di Malaysia yang diraikan, bahkan ummi dan abah ku juga merupakan seorang guru yang dah lama berkhidmat di dalam profesion perguruan.

“Selamat Hari Guru buat Ummi dan Abah juga…”

Di kesempatan ini aku nak ucapkan sekalung penghargaan kepada guru-guru ku yang pernah mengajar dan mendidik aku sejak aku kecil sehingga sekarang, menjadi seorang insan yang berguna untuk agama, masyarakat, bangsa dan negara.

Guru-guru ku di :

PASTI Assolihin, Gong Tok Nasek (1997)

Prasekolah SK Gong Kapas (1998)

SK Gong Kapas (1999-2004)

SMKA Sheikh Abdul Malek (2005-2009)

Centre for Foundation Studies, IIUM (2010-2012)

International Islamic University Malaysia, Kuantan (2012-sekarang)

Tak lupa juga kepada guru-guru tuisyen ku yang banyak membantu diriku dikala kesusahan dan kejahilan dulu. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih.

Aku akhiri entry ini dengan ucapan,

“SELAMAT HARI GURU…!!”

daripada anak didikmu, Muhd Khusairi Izzani

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...