Wednesday 15 May 2013

Penatnya Belajar, Dicerca Kejahilan…

Assalamualaikum wbr…

Fuh dah lama jari tak menari-nari atas keyboard, terasa kaget untuk meneruskan rentak tariannya. Sebenarnya ramai yang tanya aku, kenapa tak update blog tu?

Aku hanya mampu tersenyum sahaja sambil fikiran ku berfikir mencari seribu satu alasan. Bak kata Prof Rahman Shaari dalam buku beliau, ‘Tingkah Politik’, salah satu ciri pemimpin ialah pemimpin ‘halsca’ yakni seseorang yang selalu mencari alasan dan kaedah untuk memenangkan dirinya.

Hurm, boleh gunapakai juga istilah tu dalam situasi ini kan. hahaks (gelak besar)

Sebenarnya, aku banyak kisah suka dan duka nak coretkan di sini. Tiada lagi tempat aku mengadu selain Allah swt kerna waktu terus berlalu, hari semalam terus menjadi sejarah. Siapa yang tak ingat sejarah maka dia mungkin mengulanginya pada masa depan.

Untuk makluman semua, aku kini berada diambang ‘war zone’. Perperangan sudah hampir bermula tak lama lagi. Lebih kurang dalam 10 hari sahaja lagi.

Aku sebagai jeneral perang perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperangan besar ini. Berdasarkan pengalaman lalu, seringkali aku menghadapi serangan sengit.

Ada tika aku menang, ada tika aku kalah, ada juga aku menang tipis habis luka satu badan.

Penat, penat dan terus penat…!!

Walaupun aku seringkali merintih kepenatan, kata-kata abah terus menerjah masuk ke minda. Abah pernah berkata (baca: berpesan) bahawa sebagai mahasiswa sudah menjadi lumrah kepenatan untuk mencari ilmu kerana penat bila dikatakan jahil tiada taranya.

Dalam bahasa mudahnya,

“Bila kamu merintih penatnya belajar maka tahanlah diri dicerca kejahilan”

Fuuuh, menusuk kalbu kot kata-kata begitu.

Bagi aku, mahasiswa zaman dahulu lagi teruk daripada mahasiswa zaman sekarang kan. Kini zaman teknologi, semua perkara yang kita mahukan terletak di hujung jari. Informasi banyak terdapat di alam maya. Hanya mahu atau tak sahaja.

Namun, waktu dahulu tika abah belajar memang susah. Nak cari informasi tambahan kena beli buku. Nak beli buku perlukan wang. Waktu dulu susah, nak dapatkan wang pun susah. Terpaksa kerja sambilan untuk dapatkan wang, semata-mata nak beli buku.

“APA LAGI KITA MAHU…??”

Aku sedar, aku tak layak untuk bercakap tentang ini. Sebabnya aku tidak mampu untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan rajin. Aku punyai sifat kemalasan yang agak teruk, sifat seorang lelaki yang bila final exam sahaja baru nak buat pecutan. Tak macam budak perempuan kan.

Tapi sebagai ‘self motivated’ aku sangat memerlukan perkongsian dan muhasabah diri agar aku sedar tinggi rendah bumi dipijak.

Semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan sekalian berjaya menempuhi peperangan ini dengan jayanya disertai redha Illahi.

Salam perjuangan dari aku buat teman,

Khusairi,

At-Tabari, 1.15 pm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...