Thursday 28 February 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita...

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah, dah lama blog ni tak di'update'. Pelbagai masalah terus menimpa diri ini. huhu Anggap jelah itu semua sebagai ujian dari-Nya.

Pertama sekali, lap top asus kesayanganku rosak HDD. Patutlah 'hang' semacam. Walaupun 5% sahaja yang rosak tapi better buat langkah awal sementara waranti masih berbaki.

Jadi, aku perlu tunggu sebulan dari tarikh hantar lap top tu kat kedai bermula Rabu minggu lepas. Dia ambil masa sebab kena hantar ke pusat servis center di Kuala Lumpur.

HDD baru perlu diimport dari Taiwan sebab tu memakan masa yang agak lama. Tak pe lah.... Ade hikmah di sebalik itu semua.....

Kejadian kedua, external hard disk aku pula hilang. External Western Digital 1 Tera warna biru dilaporkan hilang pada malam selasa tu. Aku tinggal HDD tu tepi lap top muaz dalam bilik.

Aku keluar sekejap pergi bilik kuba main FIFA 13. Selepas dua jam, aku balik tengok dah tak de... huhu banyak barang peribadi aku dalam tu. Baru lepas back up lap top....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...