Thursday 28 February 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita...

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah, dah lama blog ni tak di'update'. Pelbagai masalah terus menimpa diri ini. huhu Anggap jelah itu semua sebagai ujian dari-Nya.

Pertama sekali, lap top asus kesayanganku rosak HDD. Patutlah 'hang' semacam. Walaupun 5% sahaja yang rosak tapi better buat langkah awal sementara waranti masih berbaki.

Jadi, aku perlu tunggu sebulan dari tarikh hantar lap top tu kat kedai bermula Rabu minggu lepas. Dia ambil masa sebab kena hantar ke pusat servis center di Kuala Lumpur.

HDD baru perlu diimport dari Taiwan sebab tu memakan masa yang agak lama. Tak pe lah.... Ade hikmah di sebalik itu semua.....

Kejadian kedua, external hard disk aku pula hilang. External Western Digital 1 Tera warna biru dilaporkan hilang pada malam selasa tu. Aku tinggal HDD tu tepi lap top muaz dalam bilik.

Aku keluar sekejap pergi bilik kuba main FIFA 13. Selepas dua jam, aku balik tengok dah tak de... huhu banyak barang peribadi aku dalam tu. Baru lepas back up lap top....

Wednesday 13 February 2013

Permulaan Semester II 12/13 Yang Gempak

Assalamualaikum wbr...

Kehadapan pembaca-pembaca setiaku,

[ceh, bajet giler aku... haha]

Lama dah jari-jariku ini ingin menari atas keyboard tapi aku je yang malas menggerakkkan mereka. Tolong jangan contohi aku yer adik-adik.

Aku tak tahu nak cerita apa untuk entry kali ini. Tapi aku just nak bagitahu satu perkara je lah. Untuk pengetahuan semua, aku sekarang dah seminggu masuk Semester II.

Sem ini bagi aku agak padat dan sukar sikit berbanding sem lepas yang banyak masa lapang. Sem ni amat berbeza dengan sem I. Subjek-subjek yang aku ambil sem ni pun boleh tahan hebatnya.

Subjek-Subjek Sem II 12/13

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...