Dingin angin meniup sepi,
Hujan renyai membasahi bumi,
Indah nya suasana di sini,
Tenang damai mencium hati,
Ketika entry ini ditulis, jam di tangan sedang menunjukkan pukul 9 malam 22 Oktober 2012. Keberadaan aku di rumah sempena cuti pertengah semester kali ini amat bermakna sekali. Terasa nikmat dapat melepaskan rindu ku pada yang tercinta, ummi abah, dan adik-adik kecil ku.
Walaupun aku diberikan cuti seminggu, bukan bermakna aku harus enjoy dengan perkara tak bermanfaat. Aku harus pikul tanggungjawab ini demi keluarga tercinta.
Selepas cuti, aku ada exam mid semester. 4 subjek kesemuanya iaitu Microbiology, Organic Chemistry, Islamic Worldview dan Management Principles and Practices.
Aku dah pasang niat tatkala kaki menjejak ke bumi Kuantan, Taman Ilmu dan Budi ini. Jika dahulu peluang aku dah persiakan, kini bukan lagi. Aku punyai tanggungjawab untuk bantu keluarga. Jadi, kenapa aku perlu lepaskan peluang buat kali kedua.
Kini aku nekad untuk beri sesuatu yang dapat membanggakan keluarga aku terutamanya ummi dan abah yang dah banyak sangat berkorban demi kami adik beradik ini. Mendidik dan menjaga kami dari kecil sehingga menjadi manusia seperti sekarang.
Apatah lagi aku sebagai anak sulung dalam keluarga....
Harapan keluarga untuk lihat aku berjaya dalam pelajaran harus aku tanggung sekarang. Niat sudah dipasang, cuma pelaksanaan je baru berjalan sikit-sikit. Mudah-mudahan Allah membantu aku melayari bahtera kehidupan sebagai mahasiswa di sini dengan jayanya.
"Sesungguhnya Rahmat Allah itu lebih besar dari segala-segalanya..."
Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahman, Ayat 13
"Nikmat apakah lagi yang kamu dustakan..." (55:13)
Allah dah berikan aku segala punya nikmat, terutamanya nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, jadi perlukah aku untuk tidak mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya..??
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar (33x)
Allah sebaik-baik penjaga..!!
Tatkala kuasa jagaan emak dan ayah kita tak sampai kerana berada jauh dari kita, percayalah. Allah lah yang sedang menjaga kita jika kita menurut perintahNya dan berusaha untuk menjadi HambaNya yang soleh.
Pernah juga aku terfikir, kenapa aku tidak selalu dapat apa yang aku inginkan..?? Kenapa Ya Allah...
Rupa-rupanya Allah telah berjanji dengan hambaNya lama sudah. Setiap apa yang kita inginkan tidak semestinya kita perolehi serta merta. Kerana pabila kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itulah yang paling baik.
Kenapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan..??
Itulah tanda-tanda jika orang beriman berfikir sejenak. Allah hadirkan sinar kebahagian dan ketenangan setelah Dia menimpakan ujian kepada kita. Ujian Allah tidak zalim sedikit pun. Manusia sahaja yang zalim terhadap diri sendiri dan orang lain.
Kenapa kita perlu takut dengan ujian Allah..?? Jika kita orang-orang yang beriman..
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?“- Al-Ankabut (29:2)
Sudah terang lagi bersuluh. Kenapa Allah menghadirkan ujian kepada kita. Sesungguhnya Dia sedang menguji kita, jika kita sabar dan tabah dengan ujianNya. Maka akan dinaikkan darjat kita di sisi Nya.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang beriman. Tabahkan hati aku Ya Rabbi, permudahkan segala urusan aku di sini dan di sana yang sedang menanti.
Setiap yang berlaku dalam hidup aku sehingga kini, akan aku jadikan pedoman serta pengajaran demi kelangsungan hidup yang hakiki. Hadirkanlah seseorang yang mampu membimbing aku ke arah pemantapan insaniah dalam diri ini demi mendapat redhaMu Ya Rabb.
Aku mohon dengan sangat Ya Allah, Aku mohon dengan sangat....!!
Tiadalah aku cuma hamba hina,
Menagih kasih dari sang dia,
Bukan kaca tapi permata,
Izinkanlah aku Tuhan Pencipta.....
Khusairi92
Rasa Desa,
22/10/2012
9.00 pm
1 comment:
the best blog ever ^^
Post a Comment