Assalamualaikum wbr..
Setelah sekian lama blog ini bersawang, akhirnya jari jemari ini meridui saat untuk menari-nari di atas papan kekunci. Alhamdulillah, banyak sudah perkara yang berlaku dalam hidup aku sehingga kini.
Bermula dengan berakhirnya kejayaan menggenggam segulung ijazah sarjana muda daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Sains. Seterusnya aku menceburi bidang kerjaya sebagai seorang pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health).
Aku bermula dengan mengambil kursus Penyelia Tapak Bina (Site Safety Supervisor) dengan NIOSH pada Mac 2017. Kelas selama dua minggu berlangsung di Hotel Cherating dan aku Berjaya mengharungi kursus tersebut dengan jayanya. Aku lulus peperiksaan dua kertas tersebut namun aku tidak dapat lagi untuk mendaftarkan diri sebagai orang yang kompeten (Yellow Book) dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) disebabkan tidak mempunyai pengalaman kerja selama dua tahun.
Namun, rezeki ku tetap ada pabila aku Berjaya untuk bekerja di salah sebuah projek mega Malaysia iaitu di Projek RAPID Pengerang bersama syarikat SINOPEC Engineering Group (SEGM) sebagai Site Safety Supervisor. Alhamdulillah, aku bermula dengan pengalaman yang kosong dan aku merangkak sikit demi sikit dalam bidang ini. InsyaAllah, aku akan berceloteh lebih banyak tentang pengalaman aku di sini pada entry yang lain.
Setelah dua tahun aku berkelana di bumi Pengerang, aku diberikan satu peluang dan nikmat oleh Tuhan untuk mengakiri zaman bujang ku bersama sicantik manis iaitu Azwa. Detik perkenalan kami tak lama tapi semuanya dipermudahkan segala urusan kami berdua semenjak kami mula mengenali sehingga sekarang. Aku akan berkongsi pengalaman dan kisah kami berdua pada entry yang akan dating dimana kami telah mengikat cinta pada 2 Februari 2019 yang lepas. Alhamdulillah.
Rezeki tak pernah salah alamat bukan. Sementelah aku bekerja dan mengumpul pengalaman selama dua tahun di Pengerang, akhirnya tanggal Mac 2019 aku telah Berjaya didaftarkan orang yang kompeten oleh DOSH sebagai Penyelia Tapak Bina yang sah. Setelah itu, Projek Power Plant di Melaka pula memanggil aku untuk aku berkhidmat pula di sana.
Tanpa aku membuang masa, aku merancang untuk berpindah ke Melaka pula. Namun sebelum itu, aku menghadiri kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) selama sebulan di NIOSH Johor Bahru. Aku harus persiapkan diri sebelum masa terlambat. Terima kasih pada CIDB yang menerima permohonan aku untuk menaja separuh daripada kos kursus tersebut.
Akhirnya, tanggal 10 Jun 2019 aku mula melaporkan diri di Projek Melaka 2242MW CCGT di Kuala Sg Baru. Maka, berpindahlah aku dan isteri ke sini pula daripada Johor Bahru. Alhamdulillah.
Aku bersyukur pada Tuhan yang telah mengaturkan segalanya untuk aku. Semoga Allah terus melimpahkan RahmatNya dan RezekiNya kepada kami sekeluarga. InsyaAllah aku akan berceloteh lebih mendalam dalam entry akan dating.
Sekian.
Kuala Sg Baru
1924hrs