Tuesday, 28 October 2014

Mahallah Khalid Al-Walid, IIUM Kuantan

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah serta kurnia-Nya dapat lagi aku menghirup udara segar pada hari ini. Hmmm, entry kali ini aku nak coretkan beberapa topik antaranya Mahallah baru kami.

Mahallah Khalid Al-Walid

Untuk pengetahuan semua, IIUM Kuantan dah menyiapkan tiga Mahallah baru. Mahallah ini merupakan kediaman pelajar. Tiga mahallah baru ini ialah

  1. Mahallah Khalid Al-Walid
  2. Mahallah Fatimah Azzahra
  3. Mahallah Ummu Khathum
Setiap Mahallah mempunyai empat blok utama, kafeteria, surau, gelanggang sukan dan pusat aktiviti pelajar. Setiap blok pula mempunyai 9 hingga 10 tingkat. Fuhhh tinggi jugak nak naik jika lif rosak.

Aku tinggal di Mahallah Khalid Al-Walid blok 1 tingkat 3 yang mana merupakan satu-satunya mahallah untuk pelajar lelaki.
Masjid SHAS
 
KOP dari KAW
Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan
Mahallah FZ dari KAW

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan
Court yang ada


Mahallah At-Tabari

Selamat tinggal Tabari setelah berjasa kepada aku selama dua tahun. Bilik Tab 2 3.8 menjadi saksi kisah suka duka aku selama keberadaan aku di bumi Kuantan. Terima kasih atas jasa mu. Kini kami terpaksa berpindah ke mahallah yang lebih baru dan selesa.




Sunday, 21 September 2014

Comeback Post..

Assalamualaikum wbr.

Semoga Allah memberkati kita semua. Sudah lama jari aku tak menari-nari atas keyboard ni. Entah kenapa perasaan untuk update blog picisan ini tak muncul dalam jiwa aku. My soul is dead.



InsyaAllah, kali ini aku nak aktif balik update entry di blog ni. Tetibe aku dapat rasai suatu perasaan rindu teramat sangat terhadap dunia penulisan maya ini. Sejak aku aktif bergelumang dengan media sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook, dan You Tube, aku terasa kehilangan kepada sesuatu.

Blog merupakan satu medium yang sesuai untuk aku coretkan segala perjalanan hidup aku. Bukan sahaja untuk tatapan bacaan umum semua orang, bahkan tinggalan pengalaman aku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.

Setelah aku mula membaca blog orang lain, aku sangat cemburu melihat perkongsian mereka kepada dunia luar. Selama ini aku banyak berkongsi di media sosial lain. Doakan aku kembali istiqamah dalam dunia penulisan ini.

Sebenarnya dah banyak cerita yang ingin aku coretkan di sini terutamanya kisah aku travel ke Kedah, Legoland, keluar mengail ikan dan sebegainya. Tambahan lagi bulan Januari ini aku akan ke Vietnam bersama teman-teman, lagi bertambah semangat aku untuk menggarap kisah tersebut di sini.

Buat kali pertama entry comeback ini, aku harap korang sudi baca lagi blog picisan ini. Doakan aku kembali dengan istiqamah dan berkongsi kisah yang bermanfaat. Sekian dahulu dari aku.

Terima kasih,

kucer
21/9/2014
At-tabari 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...