Perkara paling jauh dari kita ialah masa lampau,
Perkara paling dekat dengan kita ialah ajal.
Pabila kata-kata hikmah ini kita dengar pasti akan timbul satu persoalan yang bermain dalam benak fikiran bukan. Kenapa..??
Sahabat-sahabat sekalian,
Ayuh kita sama-sama fikir sejenak, kenapa masa lampau adalah perkara yang paling jauh dari kita. Pernahkah kita berfikir bagaimana caranya untuk kita dapatkan kembali 5 saat yang baru sahaja berlalu..?? Tanya Doraemon...??
Nobita: "Doraemon, saya nak pinjam mesin kembali zaman lampau awak sekejap.."
Doraemon pun segera mencari mesin masa dalam poket serbagunanya itu.
"Nah Nobita, sila gunakan dengan sebaik mungkin yer...", hulur Doraemon kepada Nobita.
"Terima kasih banyak-banyak si kucing comel, kamulah sahabat baik saya dunia akhirat.."
Doraemon segera meletakkan tangannya ke dada dan matanya melihat ke atas, ala-ala gedik gitu.
Tapi wujudkah Doraemon di dunia realiti ini..?? Hah, sudah pasti itu hanyalah khayalan semata-mata kan. Jadi bagaimana kita nak kembali ke masa lampau ni...??
Usahalah sekuat mana sekalipun, kalau Allah tak izinkan memang tak dapat punya. Sebab tu Allah telah berfirman dalam Al-Quran.
"Demi Masa..." (103:1)
"Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.." (103:2)
"Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebaikan dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.." (103:3)
Full Stop..!!
Sudah terang lagi jelas bahawa kita memang dalam kerugian kecuali orang-orang yang Allah nyatakan di atas. Waduhhh, jahil sungguh aku ni...
Ibarat kata-kata orang tua dulu,
"Masa itu emas"
Sebab tu lah perkara yang paling jauh ialah masa lampau. Sesaat berlalu memang kita tak mampu nak dapatkan balik. Jika ada manusia boleh pecahkan rekod kelajuan bunyi tapi takkan ada manusia yang dapat kembalikan masa lepas. Semakin lama semakin jauh kita tinggalkan.
Life must be go on..!! Bak kate mat salih
Setiap kesilapan dan kekesalan yang pernah berlaku dalam hidup kita jadikan pedoman dan teladan serta pengajaran yang berguna pada diri kita dan masyarakat. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.
********
Macam mana pula dengan perkara yang paling dekat ialah ajal..??
Okeh, siapa di sini yang tahu bila ajal dia akan sampai? Sila angkat tangan sekarang sebab kalau ada saya nak minta tips..!! Hehe (gelak sakan)
Kamu, kamu dan kamu....!!
Tahu ke bila Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kamu? Sudah tentu tidak bukan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kalau aku cakap tentang ajal ni, takut sikit aku. Huhu Bukan takut mati, cuma takut amal aku yang ciput ni Allah terima ke tidak. Huhu
Kalau aku mati tengah-tengah taip entry ni, agak-agak Allah terima tak apa yang aku cuba sampaikan kat korang ni erk.
Ataupun....
Korang tengah baca entry ni, tetibe Allah cabut nyawa korang. Tak sempat nak sembelih lembu korban Jumat ni..! Huhu
Ya Allah, Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah yakni penutup kehidupan yang baik. Ameen.!!
Aku malas lah nak bebel pasal ajal ni, cuma nak tekankan yang mana.
"Orang yang hebat ialah orang yang selalu ingat akan kematiannya.."
Sekian dahulu entry dari aku malam ni. Semoga korang dapat apa yang aku bebelkan ini. Entry ni juga sebagai ingatan kat aku. Mudah-mudahan korang mendapat manfaat yer..
Bila malaikat izrail datang memanggil...
Hancurlah jasad dari badan...
Tinggallah cuma pahala dan amal...
Menjadi bekalan di akhirat kelak...
Khusairi
24/10/2012
12.00 am
Rasa Desa