Tuesday 28 October 2014

Mahallah Khalid Al-Walid, IIUM Kuantan

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah serta kurnia-Nya dapat lagi aku menghirup udara segar pada hari ini. Hmmm, entry kali ini aku nak coretkan beberapa topik antaranya Mahallah baru kami.

Mahallah Khalid Al-Walid

Untuk pengetahuan semua, IIUM Kuantan dah menyiapkan tiga Mahallah baru. Mahallah ini merupakan kediaman pelajar. Tiga mahallah baru ini ialah

  1. Mahallah Khalid Al-Walid
  2. Mahallah Fatimah Azzahra
  3. Mahallah Ummu Khathum
Setiap Mahallah mempunyai empat blok utama, kafeteria, surau, gelanggang sukan dan pusat aktiviti pelajar. Setiap blok pula mempunyai 9 hingga 10 tingkat. Fuhhh tinggi jugak nak naik jika lif rosak.

Aku tinggal di Mahallah Khalid Al-Walid blok 1 tingkat 3 yang mana merupakan satu-satunya mahallah untuk pelajar lelaki.
Masjid SHAS
 
KOP dari KAW
Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan
Mahallah FZ dari KAW

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan

Mahallah Khalid Al-Walid UIA Kuantan
Court yang ada


Mahallah At-Tabari

Selamat tinggal Tabari setelah berjasa kepada aku selama dua tahun. Bilik Tab 2 3.8 menjadi saksi kisah suka duka aku selama keberadaan aku di bumi Kuantan. Terima kasih atas jasa mu. Kini kami terpaksa berpindah ke mahallah yang lebih baru dan selesa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...