Wednesday 24 October 2012

Perkara Paling Jauh & Dekat Dengan Manusia...

Assalamualaikum wbr...

Perkara paling jauh dari kita ialah masa lampau,
Perkara paling dekat dengan kita ialah ajal.

Pabila kata-kata hikmah ini kita dengar pasti akan timbul satu persoalan yang bermain dalam benak fikiran bukan. Kenapa..??

Sahabat-sahabat sekalian,

Ayuh kita sama-sama fikir sejenak, kenapa masa lampau adalah perkara yang paling jauh dari kita. Pernahkah kita berfikir bagaimana caranya untuk kita dapatkan kembali 5 saat yang baru sahaja berlalu..?? Tanya Doraemon...??

Nobita: "Doraemon, saya nak pinjam mesin kembali zaman lampau awak sekejap.."

Doraemon pun segera mencari mesin masa dalam poket serbagunanya itu.

"Nah Nobita, sila gunakan dengan sebaik mungkin yer...", hulur Doraemon kepada Nobita.

"Terima kasih banyak-banyak si kucing comel, kamulah sahabat baik saya dunia akhirat.."

Doraemon segera meletakkan tangannya ke dada dan matanya melihat ke atas, ala-ala gedik gitu.

Tapi wujudkah Doraemon di dunia realiti ini..?? Hah, sudah pasti itu hanyalah khayalan semata-mata kan. Jadi bagaimana kita nak kembali ke masa lampau ni...??

Usahalah sekuat mana sekalipun, kalau Allah tak izinkan memang tak dapat punya. Sebab tu Allah telah berfirman dalam Al-Quran.


                                                                                                                            "Demi Masa..." (103:1)



                                           "Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.." (103:2)

"Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebaikan dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.." (103:3)

Full Stop..!!

Sudah terang lagi jelas bahawa kita memang dalam kerugian kecuali orang-orang yang Allah nyatakan di atas. Waduhhh, jahil sungguh aku ni...

Ibarat kata-kata orang tua dulu,

"Masa itu emas" 
 
Tapi aku kata, Masa itu Bugati Veyron..!! Haha emas kita tahu memang mahal dan harganya pun semakin hari semakin bernilai. (abaikan Bugati Veyron aku tu)

Sebab tu lah perkara yang paling jauh ialah masa lampau. Sesaat berlalu memang kita tak mampu nak dapatkan balik. Jika ada manusia boleh pecahkan rekod kelajuan bunyi tapi takkan ada manusia yang dapat kembalikan masa lepas. Semakin lama semakin jauh kita tinggalkan.

Life must be go on..!! Bak kate mat salih

Setiap kesilapan dan kekesalan yang pernah berlaku dalam hidup kita jadikan pedoman dan teladan serta pengajaran yang berguna pada diri kita dan masyarakat. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

********

Macam mana pula dengan perkara yang paling dekat ialah ajal..?? 

Okeh, siapa di sini yang tahu bila ajal dia akan sampai? Sila angkat tangan sekarang sebab kalau ada saya nak minta tips..!! Hehe (gelak sakan)

Kamu, kamu dan kamu....!!

Tahu ke bila Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kamu? Sudah tentu tidak bukan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Kalau aku cakap tentang ajal ni, takut sikit aku. Huhu Bukan takut mati, cuma takut amal aku yang ciput ni Allah terima ke tidak. Huhu 

Kalau aku mati tengah-tengah taip entry ni, agak-agak Allah terima tak apa yang aku cuba sampaikan kat korang ni erk. 

Ataupun....

Korang tengah baca entry ni, tetibe Allah cabut nyawa korang. Tak sempat nak sembelih lembu korban Jumat ni..! Huhu 

Ya Allah, Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah yakni penutup kehidupan yang baik. Ameen.!!

Aku malas lah nak bebel pasal ajal ni, cuma nak tekankan yang mana.

"Orang yang hebat ialah orang yang selalu ingat akan kematiannya.."

Sekian dahulu entry dari aku malam ni. Semoga korang dapat apa yang aku bebelkan ini. Entry ni juga sebagai ingatan kat aku. Mudah-mudahan korang mendapat manfaat yer..

Bila malaikat izrail datang memanggil...
Hancurlah jasad dari badan...
Tinggallah cuma pahala dan amal...
Menjadi bekalan di akhirat kelak...

Khusairi
24/10/2012
12.00 am
Rasa Desa

Tuesday 23 October 2012

Sajak Uia Kuantan


Bumi Kuatan dilimpahi rahmat, 
Menjadi pilihan seribu umat, 
Taman budi dan ilmu kami langkahkan,
Ahlan Wasahlan diucapkan....

4 September menjadi saksi,
Tarikh kami mula di sini,
Hadir dengan kerisauan, 
Kini bertukar senyuman..



At-Tabari rumah kedua, 
Tempat beradu dan juga bersama,
Rakan DQ punyalah ramai,
CTS dan Biotech jurusan kami,

Suasana indah sungguh mendamaikan, 
Tasik Bandar kunjungan setiap petang, 
Mencari ilham buat peneman, 
Mudah-mudahan tingkat kesihatan.

Bangunan kuliyah jauh nun di sana, 
Jalan kaki punyalah letih, 
Mujur sekarang motor ada, 
Tiada lagi titis peluh.

Apa lagi dapat ku bicara,
Datanglah saksi dengan mata kepala, 
Usah ragu dengan suasana, 
Semuanya aman lagi terpelihara...

Sekian, 
Pantun entah apa-apa..

Khusairi
23/10/2012
Rasa Desa
1.13 am

Monday 22 October 2012

Ujian dari Allah, Tiadalah Cuma....

Assalamualaikum wbr...

Dingin angin meniup sepi, 
Hujan renyai membasahi bumi, 
Indah nya suasana di sini,
Tenang damai mencium hati, 

Ketika entry ini ditulis, jam di tangan sedang menunjukkan pukul 9 malam 22 Oktober 2012. Keberadaan aku di rumah sempena cuti pertengah semester kali ini amat bermakna sekali. Terasa nikmat dapat melepaskan rindu ku pada yang tercinta, ummi abah, dan adik-adik kecil ku.

Walaupun aku diberikan cuti seminggu, bukan bermakna aku harus enjoy dengan perkara tak bermanfaat. Aku harus pikul tanggungjawab ini demi keluarga tercinta.

Selepas cuti, aku ada exam mid semester. 4 subjek kesemuanya iaitu Microbiology, Organic Chemistry, Islamic Worldview dan Management Principles and Practices. 

Aku dah pasang niat tatkala kaki menjejak ke bumi Kuantan, Taman Ilmu dan Budi ini. Jika dahulu peluang aku dah persiakan, kini bukan lagi. Aku punyai tanggungjawab untuk bantu keluarga. Jadi, kenapa aku perlu lepaskan peluang buat kali kedua.

Kini aku nekad untuk beri sesuatu yang dapat membanggakan keluarga aku terutamanya ummi dan abah yang dah banyak sangat berkorban demi kami adik beradik ini. Mendidik dan menjaga kami dari kecil sehingga menjadi manusia seperti sekarang.

Apatah lagi aku sebagai anak sulung dalam keluarga....

Harapan keluarga untuk lihat aku berjaya dalam pelajaran harus aku tanggung sekarang. Niat sudah dipasang, cuma pelaksanaan je baru berjalan sikit-sikit. Mudah-mudahan Allah membantu aku melayari bahtera kehidupan sebagai mahasiswa di sini dengan jayanya.

"Sesungguhnya Rahmat Allah itu lebih besar dari segala-segalanya..."

Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahman, Ayat 13

nikmat apa yg kamu dustakan

"Nikmat apakah lagi yang kamu dustakan..." (55:13)

Allah dah berikan aku segala punya nikmat, terutamanya nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, jadi perlukah aku untuk tidak mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya..??


Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar (33x) 

Allah sebaik-baik penjaga..!! 

Tatkala kuasa jagaan emak dan ayah kita tak sampai kerana berada jauh dari kita, percayalah. Allah lah yang sedang menjaga kita jika kita menurut perintahNya dan berusaha untuk menjadi HambaNya yang soleh. 

Pernah juga aku terfikir, kenapa aku tidak selalu dapat apa yang aku inginkan..?? Kenapa Ya Allah...

Rupa-rupanya Allah telah berjanji dengan hambaNya lama sudah. Setiap apa yang kita inginkan tidak semestinya kita perolehi serta merta. Kerana pabila kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itulah yang paling baik.

Kenapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan..??

Itulah tanda-tanda jika orang beriman berfikir sejenak. Allah hadirkan sinar kebahagian dan ketenangan setelah Dia menimpakan ujian kepada kita. Ujian Allah tidak zalim sedikit pun. Manusia sahaja yang zalim terhadap diri sendiri dan orang lain. 

Kenapa kita perlu takut dengan ujian Allah..?? Jika kita orang-orang yang beriman..


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?“- Al-Ankabut (29:2)

Sudah terang lagi bersuluh. Kenapa Allah menghadirkan ujian kepada kita. Sesungguhnya Dia sedang menguji kita, jika kita sabar dan tabah dengan ujianNya. Maka akan dinaikkan darjat kita di sisi Nya.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang beriman. Tabahkan hati aku Ya Rabbi, permudahkan segala urusan aku di sini dan di sana yang sedang menanti.

Setiap yang berlaku dalam hidup aku sehingga kini, akan aku jadikan pedoman serta pengajaran demi kelangsungan hidup yang hakiki. Hadirkanlah seseorang yang mampu membimbing aku ke arah pemantapan insaniah dalam diri ini demi mendapat redhaMu Ya Rabb.

Aku mohon dengan sangat Ya Allah, Aku mohon dengan sangat....!!

Tiadalah aku cuma hamba hina, 
Menagih kasih dari sang dia,
Bukan kaca tapi permata,
Izinkanlah aku Tuhan Pencipta.....

Khusairi92

Rasa Desa, 
22/10/2012
9.00 pm





Wednesday 17 October 2012

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan IIUMk

Assalamualaikum wbr...

Marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Alhamdulillah, Ya Rabbi :-)

Ketika entry ini ditulis, aku memang tak ada kelas hari ni. Hari rabu insyaALLAH sepanjang hari aku free. Alhamdulillah, tadi aku sarapan di kedai Pak Lah IM8 dengan Khai dan Hafiz. Terbaik lah dia punya roti canai.

Seusai itu, aku baru sahaja selesai basuh motor EX5 kesayanganku bersama Khai. Bagi aku, seboleh-bolehnya nak gunakan masa yang terluang dengan sesuatu yang bermanfaat. Aku tak suka kalau masa aku terbuang begitu sahaja dengan tidur ke, dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah menjaga aku di sini kerna Allah lah sebaik-baik penjaga.

Okeh, berbalik kepada entry aku pagi ni. InsyaALLAH, aku nak cerita lah serba sedikit tentang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan. Almaklumlah, dah jadi student UIA mestilah aku kena tahu serba sedikit maklumat tentangnya kan.

Ibarat orang yang bercinta, mestilah tahu maklumat tentang pasangannya kan. Hehe

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

iium logo, iium header, logo uia


Untuk pengetahuan semua, UIAM aka IIUM ada beberapa buah kampus.

  • UIA Kampus Gombak
Kampus ini ibarat kampus utama kerana di sini lah terdapat banyak fakulti selain sains. Hampir 15 ribu pelajar lah juga. Kampus ini sudah semestinya terletak di Gombak, Selangor. Korang boleh tengok info menerusi laman web UIA Gombak : iium.edu.my

  • UIA Kampus Kuantan
Kampus ini boleh dikira barulah juga, tahun 2004 rasanya baru officially dibuka. Sekarang pun beberapa buah bangunan fakulti baru siap dibina seperti Faculty Dentistry, Faculty Allied Health Science, Faculty Pharmacy dan beberapa mahallah (asrama) pelajar sedang giat dibina.

Di sini, terdapat 6 buah Fakulti iaitu Medicine, Dentistry, Pharmasy, Science, Allied Health Science, Nursing. Bilangan pelajar pun tak berapa ramai, ada lebih kurang 3 ribu lebih sahaja. Walaupun suasananya tak semeriah Gombak namun ketenangan dan kedamaian kampus ini tak dapat dibandingkan. Setiap pagi mesti kabus akan menyeliputi sebahagian kampus. Sejukkkkk

  • UIA Petaling Jaya 

Kampus ini ialah pusat asasi UIA yang mana terletak di Petaling Jaya, Selangor. Atau lebih dikenali sebagai Centre for Foundation Studeis (CFS). Kampus ini dulunya merupakan bekas Kolej Islam Malaya, dan merupakan bangunan UIA yang asal di awal penubuhannya. Tetapi kampus ini akan ditutup nanti sebab UIA Kampus Pagoh (engineering) dan UIA Kampus Gambang sedang giat dibina.

PETA UIA KUANTAN

peta uia kuantan
Klik untuk besarkan


GAMBAR SEKITAR

  • Pintu Utama Uia Kuantan
main gate uia kuantan

  • Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA Kuantan
masjid sultan ahmad shah iium kuantan
masjid sultan ahmad shah iium kuantan
masjid sultan ahmad shah iium kuantan

masjid sultan ahmad shah iium kuantan

Sumber : google images

Okeh, cantik tak..? Tu baru gambar masjid... nanti aku upload gambar lain pula yer... Enjoy!!

Sekian,
Terima kasih.

UIA Kuantan aku datang,
Mencari ilmu penuhkan di dada,
Siapalah aku untuk menentang,
Kerna hanya Engkau punya kuasa.

Khusairi92
Tabari, Uia Kuantan

Tuesday 16 October 2012

Perasmian Blog Travelog Hamba di Bumi Kuantan

Assalamualaikum wbr...

Buat pertama kalinya blog "Travelog Hamba di Bumi Kuantan" ditubuhkan secara rasminya. Tanggal 16 Oktober 2012, jam 4.00 petang aku merasmikan blog ini. Setelah sekian lama aku memendam rasa untuk menukilkan sesuatu tatkala keberadaan ku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan, kini akhirnya terlaksana jua.

Aku, Umi, Tok Esah dan Abah.... <3

Walaupun aku sudah mempunyai pelbagai genre blog termasuk yang utama tokesah.com, blog ini aku buatkan demi semata-mata merakamkan segala kisah suka duka, penat jerih, onak liku kehidupan aku di sini. Banyak pengalaman dan info yang aku nak kongsikan untuk menjadi santapan aku pada masa akan datang.

Serba sedikit tentang keberadaan aku di sini, bumi Kuantan yang dipilih Allah. Pada 4 September 2012, pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Taman Budi dan Ilmu ini. Perasaan gembira tak terkata. Sesungguhnya aku terlalu dahagakan ilmu. 4 bulan aku cuti di rumah sahaja. huh.

Gaya bahasa penulisan aku di blog ini akan terdapat banyak cara. Ada kala aku akan menggunakan teknik monolog, sajak, syair, puisi atau sebagainya. Mudah-mudahan dengan ada nya blog ini akan menjadi rujukan dan kenangan buat aku dan korang semua selama 4 tahun aku berada di sini.

Sekian sahaja tulisan aku untuk perasmian blog Travelog Hamba di Bumi Kuantan ini. Entry lain akan menyusul, insyaALLAH.

Di sini aku terdampar, 
Tanah barakah bumi Kuantan,
Moga misi mencari sinar,
Temui Kegembiraan dan kedamaian...

Khusairi92
Library, Uia
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...